Assalamualaikum!
Hurmm ... tak siapa minta tragedi sebegini menimpa diri dan keluarga. Dalam kita berhati-hati pun, benda kalau nak jadi ..jadi jugak. Tapi itu tak bermakna kita hanya membiarkan ia terus berlaku. Kena sentiasa beringat ... kena sentiasa melihat.
Walaupun sekarang ni aku dah duduk di rumah apartmen, tapi time petang budak-budak memang ramai bermain kat tempat parkir bawah tu. Kalau nak gostan kereta memang kena intai-intai kat belakang takut-takut budak kecik dok bermain di belakang.
Bukan kita saja kena beringat ... tapi anak pun kita kena kasi peringat. Aku tak pasti orang lain, tapi sampai sekarang kalau kakak dan adik nak main kat bawah tu, aku pun kena sama escort dan tengok-tengokkan diaorg. Tak harap la nak bagi lepas dua beradik cam tu je!
Dan tadi, aku dapat berita salah sorang opismate aku telah meninggal dunia pagi ni di Hospital Sg Buloh. Terkejut ... last jumpa arwah dan isteri masa kenduri pergi haji tahun lepas kat rumah beliau di Subang. Isteri beliau bekerja di bahagian yang sama ngan aku.
Melalui maklumat yang aku dengar, beliau telah terjatuh dari bumbung rumahnya yang dalam proses renovation. Selebihnya aku tak berani nak citer sebab masih samar-samar. Semakin kita menjauh semakin ia mendekati kita ... itulah mati. Takkan dapat kita terlepas darinya barang sesaat pun! Jadi peringatan tuk aku dan kita semua ... beringat-ingatlah untuk pertingkatkan 'bekalan' akhirat kita sebelum dijemputNya.
Innalillahiwainna ilaihirojiun ... salam takziah buat keluarga mangsa yang dilanggar dan salam takziah buat keluarga kak Azizah. Semoga kuat dan tabah hadapi ujian Allah.
Al-fatihah~
Al-fatihah~
perkara camnilah paling saya takut.. so, kami amik alternatif semua kereta diluar rumah. Takziah untuk kawan Hanim. moga rohnya dicucuri rahmat. Ameen..
ReplyDeleteya Allah! kesiannyaaa... Dapat merasai hati ibu tu... ya Allah, kena hati2 lepas ni...
ReplyDeleteKena hati selalu cam tu..
ReplyDeleteBW kat blog ni ye kak ^^
nauzubillahminzalik
ReplyDeletemintak2x dijauhkan
Salam singgah...
ReplyDeleteKalau allah cakap jadi maka jadilah...kena beringat sentiasa...
Peringatan dan pengajaran utk semua..
ReplyDeleteKena selalu beringat dan peringat. Malang tak berbau...
ReplyDelete