Breaking

Tuesday, February 17, 2015

Santai & Seronok Di Farm In The City


Assalamualaikum!



Pening ... ke mana lagi nak bawak family kita beriadah dan melakukan aktiviti santai lagi menghiburkan? Haaa kalau korang tak da idea nak gi mana, meh aku suggestkan tempat yang sesuai untuk korang sekeluarga beriadah.

Ahad baru-baru ni, aku dan family berkesempatan melawat Farm In The City yang terletak di Sri Kembangan, Selangor. Asyik 'main' dalam KL je ... boring! hehe. Sesekali kita nak juga merasa nikmat beriadah di tempat lain kan kan kan hehe. Farm In The City ni berkonsepkan petting zoo, bezanya dengan zoo ialah kat sini kita boleh pegang dan bagi makan kat haiwan-haiwan. Dan haiwan-haiwan bebas bergerak. Tapi haiwan macam ular tu diaorg letak dalam peti kaca khas la hehe. 


Jauh? Eh .. tak jauh la hanya lebih kurang 30 minit dari KL. Taip je Farm In The City kat Waze tu setel masalah! hehe.



Mak budak yang feeling kebudak-budakan haha!



First, kena gi kaunter dulu la beli tiket kan. Di sini ada harga pakej untuk family tau. Nak beli tiket individu pun boleh jugak. Time kami sampai sini dalam kul 11.30am tapi korang jangan takut panas sebab kat dalam ni redup je rasa walaupun dah tengahari. Anak-anak nak bermain ngan haiwan pun takda rungut panas ke tak selesa ke. Semua wajah ceria je sebab dapat pegang haiwan yang super duper jinak kat sini hehe.




Huwaaaa! ini cicak berlidah biru haha. Dia tak duduk dalam sangkar tau dia open gitu je atas meja haha. Tapi takda pulak dia nak melarikan diri ke ape ... memang jinak giler! Siap ada video aku usap kepala cicak ni kat instagram. Nak tengok, jom follow @wanimira



Telur burung ostrich pun ada. Nak jugak amik peluang menguji kekerasan kulit telur ni so aku try berdiri di atasnya. Memang tak pecah!Keras giler kulit dia baq hang! hehe.

Oh, hari tu memandangkan nak gi tengok dan bermain dengan haiwan-haiwan di sini, aku amik aura pakai shawl leopard lagi hehe.  Baju tu pulak first time aku pakai kaler kuning. Memang jaaaaarang sangat nak pakai kaler kuning ni, tapi hari tu kiter try something new la ... sekali sekala kan hehe.




Ade ke patut kakak cakap macam tipu je telur burung ni bu ((haha)). Tergamak kakak cakap abg yang jaga tu tipu haha. Mujur tak vevulu abg tu tau. Abg tu dengar terus jawab cuba goyang telur ostrich memang ada 'isi' didalamnya.

Tapi kalau telur ni jatuh boleh pecah tau. Pijak tak pecah hehe.




Yang kakak usik ni namanya skunk. Dalam tv biasa tengok yang kaler hitam jalur putih tu kan, yang ni kaler putih. Takde dia nak lari selamatkan diri de.. duduk je kat situ redha kena pegang ngan kakak haha. Bulu dia lembut giler ok! Lembut macam karpet tebal ... lama jugak kakak mengusap mujur tak dikentutnya ((wakakaka))!



Jiran skunk ... anak ayam ni dah selalu kakak adik tengok kat kampung Atok Wan. Adik pandang sebelah mata je haha. Untuk pengetahuan korang, kat sini anak-anak even kita boleh pegang dan belai haiwan-haiwan kat sini. Jangan takut ... haiwan sini sume jinak-jinak belaka.


Ular baru lepas bersalin kulit.





Pak Jelan ajak turun kat bawah ni, ingat ade ape la kan .. sekali ajak tengok swan.




Inilah black swannya! Garang ni ... kiter hulur jari dia patuk pulak hehe. 




Burung dan itik bebas berenang dan beristirehat di tepi kolam. Mereka tak duduk dalam sangkar atau dikurung ye. Semuanya bebas ke sana ke mari.




Kura-kura ni pun bebas berjalan, sambil dia jalan tu kita boleh pegang kulit cengkerang atau bagi makan pun boleh.


Burung merak ni puas aku nunggu dia bukak ekor dia, tapi tak bukak sampai ke sudah haha. 



Mr. Iguana ni duk atas pokok. Memula tak perasan, sekali Pak Jelan tunjuk atas pokok! haha. Betul-betul tepi kita rupanya. Tapi jangan risau, takde maknenye dia nak melompat kat kita. Dia rilekkkk je bersantai kat dahan pokok tu.




Memula aku ingat ni anak tikus! haha. Rupanya cerpelai atau mongoose dalam bahasa omputih. 



Merasa jugak dua beradik pegang badan rusa hehe. Eh, cantik pulak ibu tengok kasut sneakers korang ni yek. Ni yang ibu jeles ganda dua ni! hehehehe. 




Kambing yang kepenatan haha. Tak larat nak entertain kami dah katanya! :p




Hai Pony! kiter amik gambo awak ye. Kang kiter datang balik sebab anak-anak kiter nak naik awak hehe.



Ni yang aku tak menahan nak gelak! Melampau sungguh si meerkat ni posing tau hahaha. Memang santai sungguh dah gamaknya tu tapi nak marah pun tak boleh...dah tu rumah dia kan hahaha. Kakak siap tunjuk lagi .. haiipp! hahaha. 

Aku syak dia tengah buat sunburn time ni .... cahaya yang masuk pun just nice je kena kat si meerkat ni, kami datang dekat pun dia buat dekkkk je haha.



Kat sini pun ada kangaroo terkecil di dunia tau! Kalau tak silap ada 2 ekor. Seekor ni duk kat luar menyorok belakang pokok hehe. Tak berani aku nak datang dekat, dia tenung pun dah seram rasa hehehe. Sekor lagi duk dalam 'rumah' dia.






Aku suruh kakak amikkan gambar kereta ni, last-last gambar plat kete ni je yang dia amik! hahaha. Adoiii ... anak oh anak! :p




Time for fishing! Inilah aktiviti yang ditunggu kakak dan adik. Dengar je kat sini boleh memancing ikan, memang melompat masing-masing tak sabar nak try tangkap. Aku hanya perhatikan aje, kasi diaorg chan la berseronok ngan ikan-ikan tu hehe.




Khusyuk memasing nak tangkap ikan. Adik sampai ke sudah tak dapat haha. Yang kakak dapat jugak la sekor. Ayahnya datang nolong, habis disauknya jaring dalam air tu ... dapat la dua ekor hehe.

Pas tangkap lepaskan balik ikan tu dalam longkang. Tak boleh bawak balik ye ... ni tangkap tuk suka-suka je hehe. 




Sebelah longkang fishing ada rumah arnab dan guinea pig. Kat sini arnab-arnab lari betempiaran menyelamatkan diri dari dikejar kanak-kanak yang eksaited nak pegang diaorg hahaha.

Cantik-cantik dan jinak pulak tu arnab-arnab ni, kanak-kanak pun boleh bagi makan.





Ha sapa lagi comei? hok tudung leopard tu ke hok bulu putih tu? Baik korang cakap yang benar sekarang! Yang tudung leopard tu hok paling comey lote kan kan kan? ekekekeke.




Gunie pig ni tersangatlaaaa comei! Suruh anak-anak pegang takmo. masing-masing takut kena berak atas tangan macam yang terjadi kat aku masa kat Agrofarmstay ari tu hahaha. Tengok taik landak atas tapak tangan terus trauma nak pegang haiwan kecil dah hehe.




Perghh! sihat-sihat ikan koi kat sini. Mana taknya ...orang duk bagi makan tak habis-habis hehe.  




Kakak paling suka bagi ikan makan. Kat sini, pengunjung boleh bagi makan ikan berulang-ulang ... banyak kali pun boleh. Tu pasal la ikan-ikan koi tu gemuk macam tu hehehe. 




Tengah dok jalan-jalan, Pak Jelan tunjuk atas ... rupanya tudiaaaaa! Ulaq sawa nallarekek atas kepala! haha. Mujur ko duk dalam cermin ulaq woi! >.<






Dah puas menjelajah akhir sekali nak bawak la dua beradik ni naik kuda pony. Sebelum naik, kena beli tiket kat kaunter masuk dulu. Sekali naik RM7. Gambar atas ni kakak amik time budak lelaki tu nangis takmo naik kuda hehe. 

Tak sedor jam dah kul 1 tenghari, Pak Jelan turun balik cakap kuda rehat sampai kul 2 ... alamakkkk! Nak kena tunggu sejam lagi baru boleh naik. Pujuk punya pujuk, akhirnya kakak dan adik akur kita tak dapat naik kuda tu .. sebab lama lagi nak nunggu. Perut ayah dah berkeroncong tu hehehe.

Takpe, next time kita naik kalau ada rezeki insyaAllah.




Kalau nak tau aktiviti menarik kat sini, boleh rujuk banner di atas ni. Harga tiket? Korang boleh pilih pakej family yakni tuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak bawah 12 tahun berharga RM109

Kalau nak tiket individu pun boleh :

Tiket dewasa : RM48

Tiket kanak-kanak bawah 12 tahun : RM38

Tapiiiii kalau korang tunjukkan MyKad boleh dapat potongan harga :

Tiket dewasa : RM30 (dengan MyKad)

Tiket kanak-kanak bawah 12 tahun : RM25 (dengan MyKad)

Farm In The City 

Weekdays : 10am - 6pm

Weekends & Holidays : 9.30am - 6pm

Closed :  Selasa kecuali hari cuti kelepasan am


Kanak-kanak yang berukuran tinggi bawah 90cm masuk adalah PERCUMA! So, ukur dulu ketinggian anak-anak sebelum pergi sana ye hehe.

Dan, di akhir lawatan nanti anak-anak korang akan diberi sijil penghargaan dari Farm In The City



Sebelum balik ... singgah kat Cik Ostrich kiter hehe. Ke hulu ke hilir dia bila tengok aku nak amik gambo dia. Sampai ternganga-nganga mulut ... Ostrich pun pandai senyum hehehe.


13 comments:

  1. Wow..tak jauh dari Gombak ni. Ada masa nanti, mesti ummi pegi bawa anak2

    Blog Mama Hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergila ummi ... anak-anak mesti seronok :)

      Delete
  2. x naik ke ostrich tu kak? best tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ... time tu time rehat kot. Takda pulak tengok orang beratur nak naik hehe. Lagipun tengok dia nganga mulut gitu ...kang kita pulak kena ngap kang! hahaha :D

      Delete
  3. Alahaiii comelnyaa skunk tu.. semua la comel dahla boleh pegang. Nak pergi lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi jangan tak pergi ... skunk tu memang comei, orang pegang pun dia cool je hehe :D

      Delete
  4. seronok bawak anak-anak beriadah kat sini kan anim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kak ... budak-budak la paling seronok dapat pegang binatang hehe

      Delete
  5. seronoknya jalan2......

    ReplyDelete
  6. Boleh usik ke cicak besar tu? Die tak gerak2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dik ... dia jelir lidah je sekali sekala tu haha. Badan dia tetap duk diam. Good cicak ni hehe :D

      Delete
  7. Bestnya... Mmg teringin juga nk pergi...tapi xd

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.