Breaking

Monday, February 09, 2015

Sedap & Terbaru Di Delifrance!


Assalamualaikum!




Masih terngiang-ngiang kesedapan dan kelembutan roti di Delifrance hehe. Memang sejak zaman sekolah menengah lagi aku memang suka beli roti dan pastri di Delifrance. Beza kelembutan rotinya dan banyak pilihan di situ membuatkan aku tak boleh lupakan sehingga ke hari ini! 

Dulu lepas habis sekolah, kalau masuk dalam mall, aku akan singgah kat Delifrance dan beli pastri dia. Alamakkk ... kantoi di situ sudah! haha. Anyway, lepas aku bekerja dan pindah ke Kuantan tak dapat la aku nak menyinggah kat sana lagi dah.

Dan, semalam akhirnya dapat juga aku ber'jejak kasih' kembali dengan Delifrance bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah menjemput kami untuk merasai menu terbaru Delifrance di Mid Valley, KL.


Meatball Sandwich
RM9.90

Kat Delifrance ni memang terdapat banyak pilihan yang boleh korang pilih untuk sarapan pagi. Antara yang sempat aku rasa semalam ialah Meatball Sandwich ni! Pergh ... kombinasi bebola daging dengan mushroom dan limpahan sos marinara dalam satu roti memang daebak (terbaik) la! Bebola daging dia lembut pulak tu! Lagi satu .. korang boleh pilih roti mana korang nak samada baguette, butter croissant, crois-bread atau ciabatta.


Tuna Sandwich

Bagi penggemar tuna sandwich, hidangan ini tidak akan mengecewakan korang. Ni kalau makan tuk sarapan pagi ni confirm boleh kenyang sampai tengahari tau! hehe.


Meatball Pasta
RM15.90

Aku tau ramai yang suka makan meatball pasta kan haha. Well, kat Delifrance meatball pasta dia memang wallah! Spaghetti disemarakkan dengan sos marinara dan bebola daging dalam satu hidangan ... memang aku cekau yang ni dulu semalam haha. InsyaAllah puas makan yop!


Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce
RM18.90

Yang ni pun menangkap kalbu! Hidangan ni sesuai makan samada untuk lunch atau dinner. Hidangan WAJIB cuba kalau korang datang ke Delifrance. Grilled chicken leg dihidang bersama mushroom sauce dan mashed potato dan salad. Tak nampak mashed potato pun? Tuuuu ... dia duk bawah ayam! hehe.


Provencal Lamb Shoulder
RM28.90

Next! ini pun hidangan WAJIB cuba kalau korang singgah Delifrance. Rugi woooo tak try hidangan Provencal Lamb Shoulder ni! Serius lembut daging kambing dia ... !Korang takyah susah payah nak kunyah beria hehe. Lamb shoulder ni dipanggang kemudian dihidangkan bersama provencal sauce bersama salad. Hidangan mantap lagi sihat .. sesuai untuk lunch dan dinner jugak! :)


Spicy Fish served with Rice
RM18.90

Kalau korang perut Melayu nak kena ada nasi jugak, jangan risau ... Delifrance pun ada sediakan hidangan Spicy Fish with Rice. Serius .. hidangan ni memang sedap dan sesuai makan ngan nasi. Sambal ikannya walaupun pedas tapi sedapppppp! Arghhh .... ikan dori ni pulak isinya lembut memang mantop pekena ngan nasi. So, korang takyah risau la yek. Kat Delifrance ni semua adaaaa! hehe.

So, apa menu terbari di Delifrance? Haaa inilah diaaaa ...! (tunjuk bawah)


Beef crois-bread

Inilah menu terbaru di Delifrance ... sure korang mesti suka nih! Apa yang aku diberitahu ini adalah menu hybrid yang menampilkan roti bijan panjang yang diapit dengan daging atau ayam. Fuh! memang puas aku makan ni semalam ... yang daging pun sedap yang ayam pun sedap!


Chicken crois-bread

Kalau korang singgah Delifrance, mesti cuba menu terbaru mereka ni tau! Memang puas makan ... rotinya lembut dan rasanya hebat!

Bagi yang tak pasti, Delifrance boleh dikunjungi di semua 11 cawangannya sekitar Lembah Klang iaitu di Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja.

Kat Penang pulak korang boleh terjah di Penang Queensbay Mall. Di Johor, ada dua cawangan iaitu di AEON Big Tebrau City & JB City Square. Sementara di Perak, Delifrance boleh dikunjungi di cawangan barunya di AEON Taiping.






Best ke makan kat Delifrance ni? Jawabnye ... bestttt! Berbaloi-baloi dengan nilai wang korang. Harganya memang berpatutan dan rasanya memang mantop! Puas dan kenyang aku semalam sampai ke malam disebabkan makanan ni semua hehe. 


credit picture : Ben Ashaari
credit picture : Ben Ashaari
credit picture : Ben Ashaari






Sebelum balik, sempat lagi aku menapau pastri yang lazat ni! hehe. Takkan kita sorang je nak makan sedap-sedap kan ... haruslah ingat yang tersayang gituuuu. 




Untuk yang tersayang hehe. Puas betul diaorg makan semalam ... 6 pieces memang dah lebih dari cukup tuk kami berempat. Yang bestnya, kalau tak habis boleh masuk dalam microwave kasi panas balik dan boleh buat brekpes dah haha.

So, tunggu ape lagi ... terjah jangan tak terjah! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :


atau



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.