Assalamualaikum!
Disebabkan diaorg hanya dua beradik ... suara diaorg la yang 'bermaharajalela' dalam rumah tu. Bergelak ... menangis .... teriak dan macam-macam bunyi lagi dari siang ke malam.
Kakak tu bukan tak sayang kat adik ... sayang. Kadang-kadang aku tengok dia bersabor je dengan kerenah adik dia. Memula dulu memang dia cepat melenting kalau adik buat something kat dia ... hehe. Tapi lama-lama tengok, aku plak yang jadi penat haha. Sebab tu aku selalu pesan kat kakak ... itulah adik kakak dunia akhirat. Kalau kakak dan adik gaduh-gaduh selalu, dengan siapa lagi kakak nak berkasih sayang? Besok ibu dan ayah dah takda ... dengan sapa lagi kakak nak bermanja?
Sejak tu dia mula 'belajar' untuk cool down dengan adik dia. Bukan senang ... ibu tahu. Tambah adik punye drama 'swasta' ... perghhh ibu tengok pun kecik besor kecik besor je hehehe. Tapi, dah nama pun adik beradik ... gaduh kot mana pun 5 minit pastu diaorg bergelak ketawa sama balik. Cuma, kita yang memandang ni ha .... takkan nak pandang je kan.
Time diaorg baik ... cenggini ha! ((tunjuk jari bagus)). Memang kamceng giler-giler la ... hehe. Tapi bila sorang dah 'panas' atau kena kacau, siap la ko! haha.
Anyway, this year adik akan mula belajar solat dengan lebih serius lagi ... sama macam yang aku ajarkan kakaknya dulu. But this time, aku mahu kakaknya yang ajarkan dia! Kakaknya lah yang ajarkan dia ambik wudhu' dan ikut solat sekali. Ibu hanya monitor dari belakang dan perhatikan.
Bila aku buat begitu, aku dapat lihat keakraban seorang kakak terhadap adik dan sebaliknya. Haihh ... tersentuh hati ni melihat dua beradik tu senyum-senyum sambil kakak betulkan telekung adik ... adik tunggu kakak bentang sejadah. Bila dah habis doa, adik tak baca doa ... ditegurnya adik kenapa tak baca doa ibubapa hehe.
Allahuakbar .... seronok tengok diaorg berdua begini. Kan bagus begini sampai besar nanti. Nak bagi harta, ibu ayah tak berapa nak mewah hidupnya. Ilmu dan agama je la ibu dan ayah dapat bekalkan tuk kakak dan adik sebagai pendinding diri dunia dan akhirat T_T
kita ni sbg ibu bapa nk tgk anak² hidup bahagia aman damai, kalau didikan kita beri sepenuhnya..alhamdulillah.
ReplyDeletesemoga semua dlm lindunganNya.
Saya skong akak..ibubpa hrus ajr anak2 solat awal2,,,, Thumb up 4 u...!!!! ...Happy blogging
ReplyDeleteSuka tengok....
ReplyDeleteAlolo.
ReplyDeleteSweetnya..
Alahai.. Sejuknya hati..
ReplyDelete