Breaking

Monday, March 02, 2015

'Berkampung' Di Perpustakaan Negara


Assalamualaikum!

As per requested by kakak, baru-baru ni aku bawak diaorg pergi Perpustakaan Negara. Setelah beberapa minggu bertanya bila boleh pergi, akhirnya sampai juga sana hehe. Terkejut jugak memula dengar permintaan anak dara sulung aku ni. Apela kepelikan sungguh mintak nak pergi perpustakaan? hehe. Atau mungkin sebenarnya ibu yang pelik sebab fikir tempat macam perpustakaan tak fun tuk kakak dan adik? Well ... i was pelik indeed!




Dah banyak tempat yang ibu bawak kakak dan adik pergi. Walaupun sekadar di dalam negara dan dekat-dekat aje, tapi niat ibu nak gembirakan kakak dan adik di samping mengisi masa lapang bersama family. 

Tapi, ibu lupa kakak dan adik juga suka mendekatkan diri dengan aktiviti yang berguna seperti ini. Dan, permintaan kakak sedia ibu penuhi sebab it's a good request. Takda alasan tuk ibu menolaknya ..!




Memandangkan cuti hujung minggu kami tak ke mana-mana, so disinilah kami 'berkampung' Sabtu lepas. Oh, ya ... last aku gi Perpustakaan Negara tahun 2002 time aku Form 6 hehe. So, aku assume suasana di sana sekarang tentu dah berubah dan tak sama macam dulu lagi kan.

Contohnya, dulu kalau nak jadi ahli Perpustakaan Negara, kena isi borang bagai bawa salinan IC dan gambar passport tuk buat kad. Pastu kat lobby tu mesti ada barisan panjang orang beratur nak buat kad. Memang bising la time tu hehe. 

Tapi sekarang ni dah berubah. Berubah giler baq hang! haha. Nak daftar takyah pakai borang segala dah! I loiikeeee ...!




Di sinilah aku mendaftar tuk kakak dan adik. Ngan aku sekali pun terjebak jadi ahli hehe. Senang, cepat dan selesa! Segalanya computerized .. ko hanya perlu bawak MyKid @ MyKad tuk register jadi ahli. 

Kad kaunter ni, ada disediakan pc setiap satu. Ko boleh buat sendiri, tapi kalau tak faham boleh je tanya staff di situ. Isi butiran diri .. dah lengkap boleh tekan butang 'hantar'. Simple! Cepat! Tak perlu kertassss! hahaha.

Perghhh berbeza giler ngan zaman aku dulu hehe.


Moh join! ^^





Beginilah pemandangan dalam perpustakaan kanak-kanak. Oh ya, ini yang kanak-kanak punye tau. Kat bahagian bawah berdekatan dengan cafeteria tu. Kat sini mak bapak boleh masuk sekali dan temankan anak-anak membaca.

Buku toksah cakap la ... macam-macam jenis ada. Meja tinggi rendah ada, nak duduk atas karpet tu sambil baca buku pun boleh. Sambil santai-santai boleh menimba ilmu gitewww hehe.




Ha kau! sampai terlena hadik kiter tu. Maknya pulak sambung baca hehehe. 




Ayah-ayah mithali hehe. Diaorg pun boleh buat keje sendiri sambil anak-anak gi baca buku. 






Kat dalam perpustakaan kanak-kanak ni pun ada kemudahan pc dan internet ok! Kanak-kanak boleh explore something beyond this room kekdahnya hehe. Tapi kan ... tenet sini lembs la hehe.

Kemudahan lain yang aku nampak kat sini ialah bilik hipermedia dan bilik teater. Selain tu, kemudahan tandas pun ada di sini. Semuanya dalam satu tempat! Senang kalau bawa anak kecil dan tak perlu terlepas pandang anak yang lain. Ohsem!




Agak-agak kakak dan adik dah puas tengok buku,diaorg mengadap pc pulak. Disebabkan tenet lembs, maka masing-masing menaip je la hehe.




Dah puas mencari, akhirnya diaorg pilih tuk pinjam dua buku ni. 




Pergi kat kaunter tu, tunjukkan aje MyKid. Senang begini bila dah register, tak perlu guna kad lain dah, just gunakan MyKid.  




Berita baik tuk semua! Bermula 1 Mac, korang boleh pinjam 6 buah buku selama 4 minggu. Aku tak pasti pulak sebelum ni boleh pinjam berapa buah hehe. Tapi, aku rasa ini memang ohsem especially tuk students kan.





Sementara menunggu Pak Jelan sampai, sempat lagi dia melakukan sesi memenatkan badan! Adeh ... memang tak reti duduk diam ini anak! Aku rasa selama ni takda sapa yang teringin nak panjat dinding tu ...! hehehe.

Dari awal bercerita sampai habis ... baru perasan sekeping gambar aku sendiri pun takda kat sini! haha.  


Jumpa 3 minggu lagi di sini ya! ^^



14 comments:

  1. Bestnya pergi perpustakaan negara. Ena ni tak pernah jejak kaki dalam perpustakaan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Ena! hehe. Akak pun terpegun melihat perubahan di sana. Ena wajib singgah ni ...tambah student kan ;)

      Delete
  2. Ada kena bayaran ker ? Kalau bawak baby boleh ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda bayaran dikenakan untuk register sis. Just bawa MyKid je. Hari tu ada jugak anim nampak parent bawa baby umur dalam linkungan 12-16 bulan.

      Delete
  3. wah.. seronok tu.. last pergi msa prgant .. skrg dh de anak x pnh pg lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kak ... lama tak jejak. Hari tu masuk terkejut nengok! hehe

      Delete
  4. Ade playground tak... ngeee... Akiff nak tmpt main...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada playground takde la budak-budak nak membaca bukunya abah oii wakakaka :D

      Delete
  5. ehhh lama dah x ke sini...ade dekat belas tahun kot..nak kene pegi bawak anak la nampak nyer nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala sis ... dah 13 tahun kot hehe. Memang kena bawak anak-anak gi sini .. insyaAllah best!

      Delete
  6. Bestnye la kalau duduk dkt ngan PNM ni, bagusla anak sis minta g sini.....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan PNM agak sedikit dekat ngan umah, so bolehla bawak hehe.

      Delete
  7. wah,bestnya..teringin gak nak pergi.tapi tak sampai-sampai lagi.hehehe.setakat ni just pergi ke Perpustakaan Mini kat UTC Keramat Mall.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.