Breaking

Wednesday, March 18, 2015

Day 3, Bila Anak Dah Besar!


Assalamualaikum!




Hari ini bermula dengan amat perlahan sekali huhu. Tak banyak yang boleh dilakukan di bawah cuaca terik begini. Tambah orang baru lepas meracun tepi tali ayaq pagi tadi ...lagi takleh nak tengok bendang di seberang.

Aktiviti bermula petangnya lepas Asar. Ke mana lagi kalau bukan ke pasar malam di taman berdekatan.





Sejak balik kampung, mereka bertiga memang tak dapat dipisahkan hehe. Gitu la aku jugak dulu masa besar kakak ... kalau balik kampung, yang paling seronok adalah berjumpa dengan sepupu yang sebaya umur. Makan bersama, main bersama, mandi bersama ...ehhh ... hahaha kannnnnn. Tido pun nak dekat-dekat kan ...borak sampai kul 2-3 pagi hehe.




Kalau dulu berjalan gi pasar malam, dua-dua berebut pegang tangan ibu kiri dan kanan. Sekarang ...dah ada kakak Shikin, ibu dilupakan! huwaaaa .... haha gurau je gurau je. Terharu nengok diaorg rapat ngan kak Shikinl Harap bila korang dah tua pun hubungan korang tetap macam ni ok! ^^

Petang tadi, kakak request kat aku nak tidoq umah kak Shikin. Aku tak jawab ....

Datang adik pulak ... request benda yang sama aku diamkan lagi. Teringin nau nak tidoq ngan kak Shikin tu .... tapi kesian kat mak jang awak tu. Boleh ke tidoq takdak ibu di sebelah? ke aku yang tak boleh tidoq kalau diaorg takda kat sebelah? huhu.

Di saat aku menaip ni ...kakak dan adik ada ngan kakak Shikin kat umah dia. Tidoq sana sekali ..pagi sok baru mai sini balik. Bukan jauh pun ...kat taman depan tu je umah kak ipaq aku hehe. Biar la .... anak-anak dah besar, bukan selalu pun diaorg dapat berkumpul bermain bersama ngan kak Shikin. Kak Shikin pun seronok berkawan bermain ngan dua beradik tu.

Hurm ... malam ni pasti sunyi ... ketiak kiri dan kanan aku 'kosong' tak berisi hahaha. Haih ... ibu rindukan kamu sayang ....selamat malam ... assalamualaikum. See you tomorrow darlings .....



6 comments:

  1. Sapa yg x rndukn Ank kan Kak..sbr ya esk blh jumpa

    ReplyDelete
  2. singgah baca...
    jom tukar link.saya dah letak link blog ni dlm bloglist saya.
    tq

    ReplyDelete
  3. Hehe.. Biasalah budak2.. Bila dah berkawan seronok sampai rasa macam tak nak berpisah dengan kawan.. Macam kita zaman kecik2 dulu la kan? ^^,
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete
  4. Salam Kenit...lama tak jenguk kenit...memang moment paling best adalah balik umah nenek dan jumpa kazen....pastu gi jalan2 pun nak sama gak

    ReplyDelete
  5. Masa blik kg... masak yg sgt seronok zaman kanak2... dpt jumpe ramai sedara sepupu sepapat.... dpt main sama2...


    #Nukilan Terkini di Owh!MananQayyim : Rindu Ombak

    ReplyDelete
  6. bila rindu itu dtg menyapa pipi... aduhai!
    anak2 takde, ibu yg merana kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.