Assalamualaikum!
Haha ..siap ada grup WhatsApp sendiri pulak dahhh! Start dari berwhatsApp dengan atoknya, dah menjangkit pulak ngan kengkawan sekelas! Yang jadi mangsa ...Tab Lenovo ayahnya! haha.
Bila dah ada grup WhatsApp sendiri, makin galak la diaorg berbalas mesej kat dalam tu. Sampaikan ayahnya nak main game 'Ice Age Adventures' pun tak senang!
Patutla dia dok suruh aku telefon kawan dia, nak cakap katanya. Yang aku pulak malas nak layan lebih-lebih ..sebab aku tau henpon kawan dia tu mesti kepunyaan ibu dia. Kang tak pasal-pasal kakak kena marah asyik telefon henpon ibu dia.
Mungkin bagi orang lain, kakak tak sesuai lagi nak bergrup WhatsApp semua ni. Tapi bagi aku, ianya tak menjadi kesalahan selagi kita sentiasa pantau apa yang dibualkan dalam grup tu. Lagipun, diaorang dah dapat kebenaran dari ibubapa masing-masing. Last aku check, diaorg 'bergosip' pasal drama cerekarama kat tv malam tu. Naik tergelak aku baca ayat masing-masing haha.
Lagipun, bila ada grup ni senang nak diskus pasal keje sekolah. Ye la ... kakak kan terlupa sokmo nak kena bawak apa untuk projek DSV dia tu. Aku ni dah la pantang kalau orang mintak barang pagi-pagi buta. Time tu nak guna time tu baru nak cakap ...memang aku hangin! Sekurang-kurangnya, dengan ada grup WhatsApp Gegurl 2 Dahlia ni, dia boleh berbincang dan tanya apa benda nak kena bawak nanti.
Ayahnya pun setuju ....
Kelmarin, aku mintak kakak suruh kawan dia add aku dalam grup tu. Kang Pak Jelan gi outstation, macam mana kakak nak berinteraksi dengan kawan-kawan dia? Aku pun boleh tengok-tengokkan apa yang diborak dalam grup tu.
Tapi bila dah diberikan kepercayaan dan kemudahan ni .. jangan pula anak-anak leka dan ralit bermain WhatsApp berbanding buat keje lain. Macam yang aku cakap, segala jenis game, video dan citer kartun dalam iPad, henpon mahupun Tab tetap akan 'dibekukan' pada hari persekolahan. Kalau ada mesej penting je baru aku bagi dia jawab.
Tapi terus terang aku cakap .... bila kita mak-mak ni baca mesej-mesej yang diaorg taip dalam grup tu memang tersengih-sengih muka sambil baca! ^^
bagus jugak pemantauan seperti ni anim..at least kita tau apa yang mereka nak buat kan..hehehe..kelakar kan bila baca whatssap mereka tu
ReplyDeleteLamanya tak singgah blog akak :)
ReplyDeletehttp://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/03/job-party-birthday-ruby.html
Tudiaaa advance budak budak sekarang! hehehehe
ReplyDeletekids nowadays.. hehehe
ReplyDeleteHihi... Advance..
ReplyDelete