Assalamualaikum!
Datuk Seri Rohani Abdul Karim |
Wahhh! ini sudah bagusss ...! Dapat kelonggaran waktu bekerja di samping boleh pilih pulak kaedah bekerja yang lebih fleksibel.
Menurut apa yang aku faham dari artikel INI la yek , perlaksanaan inisiatif yang baru diperkenalkan ini akan dapat dinikmati oleh kakitangan awam wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tambahan pulak, ia akan mengambil kira markah dalam Laporan Prestasi Tahunan kakitangan yang mana, jika melebihi 85 peratus, maka boleh la menikmati kemudahan ini.
"Inisiatif baharu ini akan memberi kemudahan dan kelebihan kepada pegawai dan kakitangan wanita kerana dapat mengimbangi kehendak tugasan pejabat dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta mengekalkan prestasi dan kecemerlangan individu dan organisasi," katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2014) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, semalam.
Oh ya, ada 3 kaedah yang diperkenalkan iaitu :
- bekerja dari rumah
- masa bekerja anjal
- waktu bekerja mingguan yang diubahsuai
kakitangan awam je hanim??swasta termasuk tak..huhu..sedihnya
ReplyDeleteawam je kot kak, sebab kena kira markah SKT :)
DeleteAla zumal bukan wanita....
ReplyDeletebertabahlah hehe :D
Deletewah..satu berita baik utk kaum wanita la kan..alhamdulillah
ReplyDeleteyup ...hopefully :)
DeleteWow! Bagusnya peraturan baru ni.
ReplyDeleteBukan peraturan dear, tapi kemudahan :)
DeleteAlhamdulillah, bagus..tp syg, hanya staff wanita di kem pembangunan wanita je yg dpt..harap dpt diperluaskan ke seluruh kementerian dan jabatan seluruh malaysia.... (maaf jika saya salah faham artikel di atas)
ReplyDeleteSaya pun faham begitu jugak :)
Deletebaguslaj skem macam ni jangan lepas ni makin malas pula hehe
ReplyDeleteCmne nk laksanakan kat cikgu tu agaknya... Hmm..
ReplyDeletesetuju 100%
ReplyDelete