Assalamualaikum!
Sesetengah orang suka makan ayam kampung, sesetengah orang tak lalu nak makan. Aku pun dulu macam tu jugak ...tak suka ayam kampung. Dagingnya liat, plus warna isi 'lebam' dan kehitaman. Tak macam ayam KFC ...putih suci lembut je daging dia hahaha. Gigit pun lemah gemalai je tak perlu nak ketap kuat-kuat nak tarik isi ayam keluar!
Masa kecik-kecik dulu kalau balik kampung, kalau arwah nenek atau mak sedara goreng ayam memang cemuih! Lenguh gusi dan gigi nak ngunyah haha. Sejak dari tu aku menolak kalau ada masakan guna ayam kampung.
Bila mak sendiri yang bela ayam kampung, baru aku tahu nikmat kesedapan ayam kampung yang sebenar! Dan opkos, air tangan mak memainkan peranan utama untuk jadikan masakan tu sedap. Kalau tak ... masakan tekak aku boleh terima ayam kampung masak lemak cili api! Aku belajar masak ayam kampung masak lemak cili api ni pun dari mak jugak, tapi still tak boleh celen kesedapannya hingga menghirup kuah! hehe.
Sebenarnya ada cerita disebalik ayam kampung ni. Naper mak suka sangat masakkan kitaorg (adikberadik aku) ayam tiap kali balik kampung. Bukan kerana aku tak suka makan, really .... aku memang dah jatuh hati pada ayam kampung mak haha. Tapi, kesungguhan mak yang tak jemu bertanya, "ayam nak masak ape ye Nim?"
Walhal aku tak mintak pun mak masakkan, sebab aku tak mau mak bersusah payah kerana aku seorang! Back to the story pasal ayam kampung ni ... mak pernah cerita dulu ada satu hari mak teringin nak makan ayam kampung tapi tak dapat. Kecewanya mak sebab teringin sangat masa tu. Sebab tu mak tekad, kalau anak-anak balik rumah dia, dia akan pastikan anak-anak dapat merasa ayam kampung yang mak bela. Nak masak apa? bercili? kuah? goreng saje? Memang mak takkan menolak ....
Ayam masak lemak cili api ni mak kirim malam tadi melalui abang aku yang sulung. Last time, aku balik kampung mak kirim kat dia. Kali ni, dia balik kampung kirim kat aku pulak hehe.
Dah macam tradisi rasanya ...macam rutin. Kalau sembelih ayam kampung mesti ada bekalan buat anak-anak samada yang balik atau tidak. Samada yang mentah ataupun bermasak. Itulah mak kami .....
"Kalau mak masak, mak nak korang semua dapat merasa"
Terima kasih mak .... T_T
kalau adik beradik akak memang tak makan ayam kampung,berbanding akak ngan mak..mungkin dah campur kawan2 serumah dulu yang rajin bawak balik ayam kampung..so ok je makan..hehe
ReplyDeleteSAME NGN MAK MERTUA DEQ :) HIHI .. SELALU MASAK GUNA AYAM KG ATAU AYAM PENCEN .. DRI XPANDAI MKN .. SMPAILA JD PEBERET :)
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeletemy fav jugak yanggg !!
ReplyDelete#done follow# air tangan mak memang terbaikkkk...saya sampai sekarang tak pandai masak ayam kampung...tp suka makan!
ReplyDeleteKureng sikit la makan ayam kampung ni. Bergantung pd jenis masakan...kalau masak rendang kering boleh layan lg...
ReplyDeleteRindu masakan arwah mak sy :'(
ReplyDeleteRendang ayam kampung best.