Assalamualaikum!
Dah lama dia perhatikan ibunya ni. Sejak ibunya jatuh cinta dengan shawl, dia pun sama terikut nak menggayakannya. Dok tengok ibu pusing shawl dari depan ke belakang di depan cermin, kemudian tusukkan pin comel di tepi dan atas tudung barangkali telah menarik perhatian anak dara sulungku ini hehe.
"Bu ... boleh tak kakak nak pakai tudung ni?" sambil tunjuk tudung shawl aku.
Ada 2 helai shawl aku yang dah tak boleh dipakai lagi. Bukan tak boleh pakai sebab rosak tapi sebab shawl tu pendek, tak sesuai untuk aku yang berleher jinjang ... tak menutupi dada! Amboiiii jinjang la sangattttttt! hahaha. Dari shawl tu tak berpakai, baik diberikan pada kakak kan.
Teruja dia mendengar bila aku membenarkan dia memakainya malam tadi.
This is the best shot I can get for you hehe. Kakak dah pandai malu nak bergambar sekarang. Cukup payah nak suruh dia pandang henpon ibu ni walaupun untuk amik shot muka je.
Setelah beberapa kali percubaan dan antara banyak-banyak shot yang ibu amik, yang inilah paling elok pun hehe.
Saje je dia buat muka senget begitu hehe. Tapi, bagi ibu kakak tetap nampak comei! Suka dia bila kita puji dia comei pakai shawl tu.
Encourage dia .... bukan hanya untuk menutup aurat, tapi kerana dia sendiri terbuka hati untuk melakukannya tanpa paksaan sesiapa.
Runcing pulak dagu kakak tu ibu tengok.
Officially, shawl hitam ni dan shawl satu lagi kaler merah telah menjadi kepunyaan kakak. Harap kakak istiqomah menutup aurat dan moga adik akan mengikuti jejak kakak satu hari nanti.
Aaminn ... insyaAllah .
Officially, shawl hitam ni dan shawl satu lagi kaler merah telah menjadi kepunyaan kakak. Harap kakak istiqomah menutup aurat dan moga adik akan mengikuti jejak kakak satu hari nanti.
Aaminn ... insyaAllah .
comelnya kakak...lagi comel pakai shawl tu anim..
ReplyDeleteAlhamdulillah ... anim pun fikir begitu juga. Rasa 'terancam' pulak bila ramai yang memuji hahaha :D
Deletecomel.. nmpk dia smkin dewasa...
ReplyDeleteye sis, sekejap je masa berlalu. Cepat tul budak-budak sekarang ni membesar .... lagak pun dah macam orang dewasa padahal baru 8 tahun hehe :D
Deletealhamdulillah cantik sgt!
ReplyDeletealhamdulillah ... terima kasih aunty idzwa :)
Deletecantiknya dia pakai tudung..macam mak dia jugak..hehe
ReplyDeleteTruly sis, mak dia tak secantik anaknya bila pakai shawl tapi gatai jugak nak menerai hehe. Apapun thank you sis :)
Deletecomelnye kakak....bagusnya kecik2 nk pakai tudung..acik irra darjah 3 pas kelas PJK semua suka sbb boleh tanggal tudung,..hahahaa
ReplyDeletebukan takat acik irra je, ibu pun sama gak dulu seronok kalau dapat bukak tudung time kelas PJ haha.
Deletealahai ....cantek sangat kakak pakai shawl . Sweet sangat
ReplyDeletesweet ... ada macam ibunye tak? ekekeke :D
DeleteAlhamduliklah..sejuk mata mandang
ReplyDeleteAlhamdulillah ...moga dia terus istiqomah insyaAllah :)
DeleteAlololo cantiknyaaa cam mommy dia.
ReplyDeleteuhuk uhuk *tersedakmommydisebelah* haha :D
Deleteade instant shawl tuk budak sis, cuma kena pandai cari yang sesuai tuk budak-budak.
ReplyDeleteAaminn....
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteHihi, memang nampak comel sangat! Seronok tengok kakak pakai tudung! :D
ReplyDeletehihihihi...comei3x!!
ReplyDeletewah comelnya... semoga kakak istiqomah ye
ReplyDeletealahai sweetnya kakak ni..sejukkk perut ibu :)
ReplyDelete