Assalamualaikum!
Bunyi "ketek ketek ketek ketek ketek" tu sangat menakutkan. Kona kiri berbunyi ...kona ke kanan berbunyi! Assudoh ...! Duit lagi .... hurmmm.
Kalau ikutkan banyak lagi nak kena pakai duit ni ..tapi demi keselamatan anak beranak dan kerana inilah kenderaan kami tiap-tiap hari. Maka, terpaksalah aku dahulukan 'dia'.
Pergh... begini lama 'ko' bertahan ye haha. Dah pecah rupanya draft shaft ni ...mujur tak buat hal kat tengah jalan! huhu.
Nak tak nak kena tukar le dik non. Tak sanggup aku amik risiko nanti. Yang pecah ni sebelah kiri .... kalau kona kiri memang kuat berbunyinya! Paling aku risau kalau Pak Jelan gi outstation ... memang tawakkaltuallallah bawak kete.
Beberapa minggu sebelum ni, Pak Jelan ada gi survey beberapa bengkel dan kedai alat ganti kete. Harga barang ngan upah pasang berbeza-beza dan kebanyakkan tempat yang Pak Jelan pergi semuanya mahal!
Dekat Subang, upah pasang aje dekat RM100! Barang kira lain tu .. huhu.
Mujur kat Seksyen 8, PJ ni dapat cari bengkel yang harganya berpatutan sikit. Sesuai la dengan bajet kami yang ciput ni huhu.
Memula Pak Jelan beli yang ni. Harga dia RM145 warranty 6 bulan. Sekali pasang ... tak muat pulak! Kena pi kedai tadi balik tukar yang harga RM195 warranty 1 tahun.
Adik yang kebosanan! haha. Dekat 40 kali aku dengar dia mengeluh "bosan ...bosan". Dah nak wat guaner dik ... kat bengkel mana boleh main sangat. Kesian dia ...
Kakak pun dok ngeluh "bosan ...bosan". Ginilah pesen kalau dapat anak-anak yang hyperactive macam diaorg! Bila di tempat yang tak sesuai untuk bermain, memang terseksa jiwa raga dibuatnya hahaha.
Dekat kul 4pm baru siapnya! Masing-masing dah basah lencun peluh hehe. Okla jom kita balik umah ..solat dan makannnnn! Esok ada event pulak :)
Memang g bengkel tak pernah sekejap la kan... Paling kurg sejam juga..
ReplyDeletealah kesiannya budak-budak tu..hehe
ReplyDeleteCite pasal bengkel ni, semalam pun tayar keta hubby Ummi pancit terus. Terpaksala pomen datang ke rumah...Caj pomen saja lg mahal dr kos baiki tayarnye...:)
ReplyDelete