Breaking

Thursday, April 09, 2015

Alkisah Satay 'mengecut'


Assalamualaikum!


Cuaca cerah petang semalam ...  tepi sekolah dah berderet pakcik-pakcik stenbai dengan jualan masing-masing sambil menunggu budak-budak sekolah agama keluar dari pintu pagar sekolah. Ada yang jual roti .. ada yang jual eksrem ... ada yang jual satay ikan. Aku tengok tiga-tiga pakcik ni masyuk tiap-tiap hari hehe ... alhamdulillah. 

Di tangan Mira kelihatan sebungkus plastik berisi satay ikan tidak berkuah ....

"Adik beli ke ...? mana dapat duit?"

"Tak lah ... kak Jingga belanja ..."


Huh ... tak berkenan sungguh aku pesen gitu. Tapi sungguh ... budak Jingga tu memang pemurah orangnya. Hampir tiap kali aku datang dia asyik belanja Mira satay ikan huhu. Kadang-kadang aku terfikir ... betul ke dia belanja atau Mira gertak dia suruh belanja?? hahaha!

Kalau budak kecik boleh gertak budak besar .... haa tu maknanya dunia nak terbalik ... huhu. Pun begitu, tetap aku ajarkan Mira supaya balas dengan ucapan terima kasih. "Cakap terima kasih kat Kak Jingga tak?" .... "Terima kasih kak Jingga ....". Huh ... baru nak cakap? bertuah punye anak .....

Saja menyakat ... aku mintak satu.

"Mira .... ibu nak satu please ..."

Dihulurnya secucuk satay ikan ..... kecikkkkkkkk nau saiznya! Huh ... takkan lepas GST dah mengecut kot? getus dalam hati. Sekali tarik .. 5 kali kunyah je dah boleh telan. Tak puas hati ... aku try beli sendiri pulak.




"Bang ... bagi satay RM3 ye..."

Dia senyum sambil tangannya pantas membalikkan satay-satay ikan yang terpanggang di atas jaring berbara. Siapkan order abg kat depan aku tu dulu ... baru turn aku pulak. Aku tenung satay ikan yang berbaris cantik di situ ... cuba mencari kepastian. Takkan sebab GST satay ikan jadi mangsanya! Mentang-mentangla sedap dan dia sorang je yang meniaga satay ikan kat situ ... suka-suka je nak 'kecut'kan saiz!

Berbekalkan keberanian yang ada aku cuba merisik khabar ....

"Bang ... naper kecik nau satay ikan ni ...?"

Dengan tenangnya wajah brader tu .. dia selamba cakap ...

"Ni ha ... saya amik kontrak orang buat satay ni ... diaorg buat kecik-kecik pulak kali ni. Saya sendiri pun tengok memang kecik satay ni. Takpe .. yang ni RM1 dapat 6 cucuk".

Oooooohhhhhhhhhhhhh ....... patutlaaaaaaaaaaaaa.....

So RM3 aku dapat la 18 cucuk berbanding sebelum ni 15 cucuk .... ngeeeee :D


Sekian ... terima kasih :D


6 comments:

  1. harga barang naik,quality barang menurun..nsib baik dapat banyak tu anim..

    ReplyDelete
  2. sate zaman kita kecik kecik lagi beso n gemuk gemuk kan . Sate ikan sekarang kosong kat dalam ekekek

    ReplyDelete
  3. hehe satay makin mengecik, nak cut cost (^_~)
    Alhamdulillah dia bg lebih :)

    ReplyDelete
  4. kira ok jugak harga tu, sehengget dapat 6..kat Sarawak, mana nak cari yang cam tu?..kompom takkan jumpa

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.