Breaking

Tuesday, April 14, 2015

Khasiat Nenas Batu Selepas Bersalin


Assalamualaikum!




Dah lama tersimpan dalam rak kabinet di dapur. Siapa bagi ... tak dapat dipastikan hehe. Tak pernah tau apekebendanya ni. Nak google pun tak reti nak taip ape hehe. Bila tengah memasak tu, dok tenung-tenung jugak .... memang takleh nak 'tangkap' buah ape ni ... huhu

So semalam aku try post kat Instagram dan FB, kot-kot kalau ada kengkawan yang tahu buah apa ni ... 



Ohhh ... nenas batu rupanya. Hurmm ... baru pertama kali aku dengar nenas batu ni. Khasiat nenas batu ni banyak terutama untuk wanita selepas bersalin. Aku tak pernah guna nenas batu sebelum ni untuk kedua-dua anak aku. Jadi, memang aku tak tahu menahu la hehe ....

Dah tahu nama baru boleh buat research sikit hehe. Hurmm research la sangattt hehe. 

KHASIAT NENAS BATU

  1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
  2. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim - minum 1 minggu sekali sahaja(pagi sahaja)
  3. Boleh jadikan ubat untuk jarakkan anak - minum selama tempoh hendak menjarakkan anak.
  4. Melawaskan kencing- minum malam 1 kali sehari sehingga sembuh
  5. Membantu melancarkan pembuangan angin - minum pagi dan malam
  6. Membantu ibu-ibu yang bakal menopos (menopause)-minum 2 hari sekali
  7. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. InsyaAllah sembuh.
  8. Berkhasiat untuk merawat BUASIR - minum 1 kali sehari sehingga sembuh
sumber : SINI




CARA MENGGUNAKAN NENAS BATU

Caranya kawan kiter dah pun kongsikan di gambar atas tu. Tapi kalau korang nak lebih detail, aku kongsikan cara ni.
  1. Basuh sehingga bersih
  2. Rendam dalam jag berisi air panas/suam
  3. Biarkan selama satu jam (sehingga buat itu tenggelam) atau sehingga bunga-bunga dia kembang
  4. Pastu boleh minum
  5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang. jemur hingga kering di tempat yang cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
  6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, bermaksud khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
  7. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih

Selain dari cara di atas, Nenas Batu juga boleh direbus terus. Warna air rebusan akan jadi kemerahan dan makin lama direbus ia akan jadi semakin gelap merah. Waktu yang disyorkan untuk minum sebaiknya malam sebelum tidur. 

sumber : SINI


PERINGATAN! : WANITA MENGANDUNG DILARANG MINUM!


Perghh... banyak juga khasiat buah nenas batu ni. Sebelum ni yang aku tahu asam keping, lada hitam ngan ubat periuk je huhu. Kalau ada rezeki mengandung dan melahirkan bolehla aku gunakan pulak lepas ni hehe. 


5 comments:

  1. Lepas bersalin boleh la akak cuba ni kan ...akak pun tak tau apa nama buah ni...hehehe..nasib baik ada orang bagitau kan

    ReplyDelete
  2. oooo baru tau ni, tak pernah tau selama ni...ihikss...kesian kann?

    ReplyDelete
  3. Laa baru tahu nama benda ni nanas batu.. ingat nanas macam biasa tu

    ReplyDelete
  4. nama dia nenas batu? baru taw hahahha

    ReplyDelete
  5. Dalam pantang bole minumm ka ?sebb baru lpas gugur ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.