Assalamualaikum!
Cuti Sabtu dan Ahad ... tak banyak aktiviti yang dilakukan dua beradik ni. Sebab yang sulung tak sihat .. demam! Start Jumaat malam membawa ke Sabtu, dia hanya baring di sofa dengan tuala basah menutupi muka dan hidung. Memula demam dan pening kepala je .. pastu keluar bunyi 'sretttt srettttttt'
Disebabkan kakaknya tak sihat, maka si adik hanya bermain seorang. Dekat patpuloh kali jugak aku dengar "bosan ...bosan..." keluar dari mulut dia hehe. Teman bergurau tak sihat ... kalau ada asyik nak bercakar aje. Kalau salah sorang tak sihat tau pulak bosannya ... huh.
Lama dah mengidamnya ... terutama si kakak. Boleh ingat lagi betapa eksaitednya dia hari tu menceritakan seronoknya dia bermain lompat tali di sekolah time Pendidikan Jasmani. Bila dah suka dah seronok main .. mulala kat umah pun terasa nak melompat-lompat jugak hehe.
Sementara nak beli tali lompat tu, diambilnya selimut .. diikatnya hujung dengan getah pastu dia lompat sambil hayun ke atas ke bawah! Jadi leee .... lepas gian sementara ibu belikan tali lompat yang betul-betul punye hehe.
"Ibu ... tengok ni kakak dah pandai lompat bu ... best la ... ibuuuuu ... kakak nak tali lompat macam tu boleh tak?"
Yang adik pulak kemaruk nak bergelek dalam gelung. Start main kat umah kakak Shikin masa kat kampung aritu, terus dia 'jatuh cinta' nak main lagi. Bila dah balik KL lupa sekejap ... pastu tetiba semalam boleh pulak dia teringat balik! hahaha ....
Dah ... moh le kita gi kedai cari tali lompat dan gelung.
Budak baru sihat dari demam.... suka benor dia dapat main tali lompat yang sebenar. Tak perlu lompat dengan selimut dah hehehe. Kemain bersemangat dia melompat walau banyak kali kaki tersangkut kat tali hehe.
Inilah Mira dengan gelungnya. Lepas bayar kat cashier tu kalau boleh dia nak bergelek di situ jugak! Sabar dik ... jangan buat orang pengsan tengok adik bergelek kat sini.
Petang semalam puas dia bergelek di belakang blok hehe. Adeh ... sambil bergelung sambil mengekek ketawa...gelung jatuh dia ketawa ... belum menggelek dia dah ketawa ... haha adeh ....
Kakak terer dah main gelung ni. Thanks to kakak Shikin dia yang setia mengajar aritu. Tengok kak Shikin dia boleh tahan lama bergelung, dia pun nak try jugak sampai dapat! La ni dah terer dah sikit-sikit ...hehe ....
Disebabkan barang mainannya tak sama maka berkongsila ye nak ye. Main sama-sama dan bergilir-gilir. Kalau tak reti nak berkongsi jugak ibu sorokkan aje nanti ....
Puas la dua beradik tu main semalam. Kakak pun dah kembali sihat seperti sediakala ... alhamdulillah.
seronok kan bila anak-anak main kat luar ni :)
ReplyDeleteBagus betul akk beli alat permainan macam tu.. ena dulu kecil2 memang suka gelek2 pinggang dengan gelong rotan tu.. skrg ni tetiba rasa nak buat hahahaha
ReplyDeletebest2..:)
ReplyDeleteseorg anak tak sihat jer, mesti rumah jadi sunyi...anak2 la yg menceriakan hidup kita...
ReplyDeleteJarang dah yg main ni kan..
ReplyDeleteSeronoknya dpt main..
ReplyDelete