Assalamualaikum!
"Kakak kakak ... malam ni bola kak! Pahang lawan Perak ...."
Takda respon dari anak sulung kesayangan ...hehe. Kalau dulu time dia kecik memang setia duduk di sebelah ayahnya melayan bola sama-sama. Sekarang dah besar ...dah anak dara .... minat bola cuma nak tau keputusan akhir je ...haha. Sabo je la yek ...
Malam tadi, ayahnya conquer tv sengsorang. Kami tiga beranak duduk dalam bilik kecik temankan kakak dan adik melukis mewarna. Faham-faham je la .... asal malam je mula dua orang budak tu ...huhu.
Ada masa ayahnya menjerit .... kang tetiba marah pulak. Aku tak faham orang lelaki ni tengok bola. Semangat macam tengok kat stadium....bergoyang pintu rumah kalau bola masuk gol ...hehehe. Kejap bersorak ...kejap bersungut ..macam pemain tu boleh dengar dia bercakap hehe.
Last-last aku dengar, siaran tv ditukar. Aikk ...! takkan bola dah habis kot?? Baru jam 10 ...hehe. Rupa-rupanya, Pahang dah gol dulu ...! haha.
"Sapa gol yah ..?"
"Negeri kakak la .....hurmmm"
"Yeaaaaaaa ...!"
Langsung tukar channel terus ...hahaha. Pahang buat jaringan awal melalui tendangan penalti oleh pemain importnya, Matias Conti (betul ke tak aku eja ni hahaha). Eh ..sempat pulak tu, "eleh .... jaringan penalti je..." hahahaha. Penalti tak penalti ...menang is menang maaa! haha. Eh, aku tak sokong mana-mana pasukan ....aku tolong jawabkan tuk anak-anak je, sebab diaorang tak pandai nak menjawab lagi bab-bab bola ni .....ekekekekeke :p
Dan, Pahang kini berada di tempat teratas liga mengutip 20 mata diikuti oleh PDRM dan JDT. Fuh! terer gila aku boleh ingat ni semua ...hahaha! Walhal aku dengar kat radio je pagi tadi ....wakakakaka :p
hahaha..pelik pulak tetiba cerita pasal bola...
ReplyDeletekalau bola ada kena mengena ngan dua negeri ni , memang kena buat liputan kat blog jugak kak haha :D
DeleteHahaha. Best2.. Saya malam tadi tengok dengan majoriti penyokong Perak (mama Izz, opah Izz dan atok Izz). Masa gol tu, tak berani jerit kuat2. Mintak tolong along Izz dan angah Izz sahaja yang bersorak sekuat hati. Dari jauh, menjeling je mama Izz. Kahkahkah
ReplyDeletehahaha mesti panassss je mama Izz semalam yek.
Delete