Assalamualaikum!
Semalam di kedai dobi layan diri .... dua beradik ligat bermain di kaki lima kedai. Tak kira masa, tak kira tempat ... ada ruang dan peluang pasti digunakan untuk bergerak dan bergerak dan bergerak! haha. Payah nau nak suh duk diam macam perempuan Melayu terakhir .... adeeeeee je akal tu nak buat sesuatu!
Terfikir ... perlukah aku menghantar mereka masuk kelas seni mempertahankan diri? Biasa dalam umur macam ni, budak-budak mudah belajar benda baru. Lagipun, dengan senario semasa dan kebejatan yang sedang 'bernanah' dalam masyarakat kita hari ni ... aku rasa aku memang patut bagi mereka 'senjata' untuk mempertahankan diri.
At least, aku dan ayahnya tak ralat meninggalkan mereka berdua sekiranya kami 'pergi' dulu nanti.....
Ingat lagi ... tiap kali tengok budak-budak sebaya aku melakukan gerak langkah pertahanan diri dalam satu barisan ... mulala hati ni teringin nak masuk jugak. Balik tanya abah ..boleh tak masuk kelas taekwondo untuk aktiviti koko (kokurikulum) di sekolah, jawabnya takyah la ...
Barangkali sebab kes abang aku yang sulung dulu belajar taekwondo di sekolah kot. Satu malam abah ternampak abang aku try test taekwondo kat kawan dia .. terus tak bagi sambung kelas dah muehehe!
Tak pasti samada kat sekolah kakak ada kelas taekwondo atau silat ke tak. Tak pernah nampak pulak kelibat budak pakai baju seragam tu di sekolah. Tapi kalau ada kelas taekwondo atau silat di sekolah, aku takda halangan kalau kakak nak join. Sedang mencari juga kalau ada yang berdekatan dengan rumah ... kalau kena dan sesuai dengan bajet kami, dua-dua aku hantar sekali!
kena belajar gak hanim, untuk self defend diorg gak
ReplyDeleteHave to sis.. Untuk mereka berhati2 dengan keadaan sekeliling.
ReplyDeletejgn mereka slh guna skil mempertahankan diri sdh hehe
ReplyDeleteBagi saya perlu juga.. selain utk kemantapan fizikal, ia juga membantu utk perkembangan mental diluar aktiviti2 akademik dan koko yg lain. Klu dari sudut positif yg lain, seni mempertahankan diri ni pun membentuk displin diri juga... go.. go.. :) :)
ReplyDelete