Breaking

Thursday, May 21, 2015

Restoran A&W PJ PALM Kini Dibuka!


Assalamualaikum!


Tanya kak Tun ... tolong bagi cadangan sikit nak makan apa sat gi? 

Tu ...gi nasi kandar tu ..

Takmo ... 'tong' saya kecik. Nanti makan tak habis ...

Eleh ... takda maknanya eh. Hari tu yang ko beli nasi pastu beli burger jugak tu amendenye???

Dengggggg! Hampeh tau kak Tun ni hahaha! Hari tu sebab aku terrrrrlampau lapar. Tapi burger tu aku share ngan Pak Jelan gak kan. Stetmen pertahanan diri ni ...wakaakakaka!

Tetiba kak Tun tersebut 'A&W' pulak. Gi la Nim .. baru bukak je kan kat bawah tu...gi la....

Hurmm .... ok gak tu. Saje try ... sebulan sekali je pon hehe. Eh silap, dah berapa bulan tak menyinggah dah ni hehe. 



Pandangan dari atas bukit ...

Inilah restoran A&W yang baru dibuka di Petaling Jaya ni. Asalnya restoran mamak dulu ni ... pastu jadi restoran tomyam .... dah berapa kali bertukar tangan sebab tak berapa nak laku berbanding kat tempat lain. Dan, akhirnya A&W mengambil langkah berani membuka satu lagi cawangan di sini.

Kalau korang perasan ada satu lagi restoran A&W kat PJ ni iaitu yang dekat dengan LRT Taman Jaya berhadapan dengan AmCorp Mall. Yang tulah restoran A&W yang pertama dibuka di Selangor (kalau tak silap aku la) dan menjadi ikonik sehingga kini.

Ada gak aku dengar ura-ura restoran A&W yang lama tu akan ditutup tapi sampai hari ni elok je aku tengok orang keluar masuk makan kat situ huhu.


sumber : malaysian insider

Restoran A&W yang pertama 




First time masuk ... perghh! cantik lorrrr ... hehe. 




Cantik dan selesa tengok dia punya susun atur kerusi meja dan hiasan dinding.




Waiter pun terdiri dari orang-orang muda .... hehe. Tapi, servis ada kelambatan sikit la. Mungkin mereka orang baru .. takpe, nanti kasi improve lagi ye.






Dari pemerhatian aku, kebanyakan pelanggan terdiri daripada orang-orang pejabat. Memandangkan A&W yang baru ni terletak berhampiran dengan jalan besar, so orang-orang pejabat dari seberang sana takda masalah nak menyinggah. Tak perlu la berjalan jauh sampai ke hujung nu kat LRT untuk ke A&W yang lama tu. 

Tambahan pulak, atas bukit tu ada banyak lagi jabatan dan pejabat-pejabat ... so, memang mengena jugakla strategi pemasaran diaorang hehe ... target untuk orang-orang berkerjaya.




Ok .. yang ni best! aku duduk betul-betul bersebelahan dengan swimming pool! Sambil makan burger sambil tu boleh tengok orang mandi manda ... haha. Ishh ... gurau je gurau je yek :p

Rupanya swimming pool ni kepunyaan PJ Palm Sports Center. Bersebelahan je dengan A&W ni. Syok arr ... dah puas mandi leh gi order A&W plak kan hehe.




Nah ... promosi terbaru A&W




Pandangan dari luar. 




Hasil tangkapan di A&W PJ PALM .... satu set grilled chicken burger. Air tak sah kalau tak tukar pada rootbeer float kan. Tak pasal-pasal kena menambah RM2.20 ... huhu.


4 comments:

  1. Adeh.. Tetiba teringin plak.. Hehe

    ReplyDelete
  2. smpai skrng sy tak tau apa mknan a&w yang pling sedap

    ReplyDelete
  3. AnW memang besttt..saya memang giler AnW best tambah2 air float mana tak gilerrrr...sy

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.