Breaking

Friday, June 19, 2015

Puasa Pertama & Karipap Kambing Gergasi



Assalamualaikum!


Alhamdulillah ... hari pertama berpuasa semalam semua orang nampak happy kan. Tapi ngantuk!! Yessss ... laparnya tidak, dahaga jauh sekali sebab time sahur dah godak setengah tong air masak muahaha! Tapi ngantuknya .... subhanallah sangat luarbiasa!

Alkisah semalam my anak dara yang sulung eksaited nak bangkit soq (sahur). 

"Takpe bu .. sok kakak kejut ibu"

"Ha ok ... buat jam kul 5 pagi tau"

Sekali ..... krrrrrrinnnggggggggggggggggggggg!

"Bu bangunnn ...dah kul 4 pagi ... bangun bu bangunnnnn"

Ya Allah .. awalnye ko kejut ibu kakkkk, cakap dalam hati. Pastu baru teringat nasi tak masak lagi muehehe. Tau tau je anak aku ni ibu dia kena masak nasi dulu :p

Lauk soq semalam, sup suhun dan telur goreng. Itu je lah yang mampu ditelan pon huhu. 




Petang semalam tak plan pun nak gi bazar. Tapi, last minit Pak Jelan ajak pulak pegi. Takpelah .. dah orang nak sponsor kita ikut je hehe. Dalam dok usha mengusha makanan, terpandang kami ke arah gerai yang satu ni. Dia jual karipap gergasi! 

Pak Jelan cuit aku suh pandang akak jual karipap tu, ingatkan dia berkenan kat akak tu .... rupanya dia berkenan kat karipap gergasi tu muahahaha! Haihh ... mujur tak terjejas naluri seorang isteri uolss! :p

Bagi signal 'hijau' .. gi la beli.Beli dua je ... budak-budak dah ada karipap kecik muehehe. Bukan takat karipap ayam dan daging je akak tu jual, dia ada karipap kambing juga! Wow .. double rare ni! Musti cubaaaaa ...! Sebiji RM1.50, mahal sikit dari yang dua tadi. Takpa .. kita try dulu, tak best kalu kita kasi ban ini kedai hehe.

Tiba buka puasa, kami try ...hurmm bolehla not bad boleh tahan sedap juga. Penuh kentang dan rasanya cukup kambing! Tapi yang paling penting aku nak tengok daging kambing ada dalam inti tu. Hurmm...ade la jugak hirisan daging kambung walau secoet huhu ....




Lauk sahur hari kedua ... telur mata, ikan bilis garing, kicap bersama nasi putih. Memang tekak nak makan pesen gini la ho hehe. Kakak bersungguh makan nasi walaupun mata berat nak bukak. Tak makan kang, awak berlapar kat sekolah .. so nak selamatkan perut dan tekak sila makan nasi!

Yang adik ... soq pukul 6.30am muehehe. Takpela, janji dia mahu makan pagi-pagi. Tapi bukan nasi yang dia nak .. kuih lebihan semalam jugak yang dia telan. Hurmm ... jadilah nak ... alhamdulillah.


3 comments:

  1. lauk soq memang simple gitu.
    anak2 dara aida takde perasaan tgk lauk kalau byk2 ha ha ha...
    mata diorang pun kuyu aje :)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah jumpa lagi karipap kambeng...hehe...selamat berpuasa yer..

    ReplyDelete
  3. Wah...bestnya karipap kambing...

    Selamat berpuasa kak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.