Assalamualaikum!
Setelah lebih 4 tahun 'pencen' dari membuat kuih raya, tahun ini aku nekad mahu menyambung semula 'legasi' itu. Niat dipasang kemas, agar tidak jadi seperti angan-angan mat jenin. Aku tak mahu 'harta'ku itu dipandang sepi tanpa digunakan sebaiknya. Ilmu dah ada, barang di depan mata ..... why nottttt??? hehe
My precious no.1.....
Dah 4 tahun mesin pengadun ni 'menyorok' dalam almari kat dapur mak. Dah tiba masa untuk keluar dari 'gua bertapa' muahahaha. Empat jenis biskut raya sudah terbayang-bayang di depan mata. Aku tak perlukan pertolongan sesiapa ..cukuplah ada my precious-es dan semangat hehe
my precious no 2 ....
Berkat berbaik dengan jiran di kuarters dulu, ilmu yang diperolehi aku tak mahu dipersiakan.Itulah titik permulaan aku dengan biskut raya. Kalau tak, sebelum ni tau makan aje kan. Tapi sampai bila?? Zaman anak dara, mak yang support kuih raya ...bolehla aku main ngap je. Main tunjuk tunjuk mintak biskut apa yang disukai.
Tapi, bila dah berkeluarga takkan nak mintak ngan mak lagi. Dah tiba masanya aku buat sendiri kuih raya macam dulu-dulu. Nak beli tetiap tahun ... kos makin meningkat! Jawapannya, buat la sendiri ... baru puas semua ahli keluarga dapat makan ulang-ulang ye dop :)
Tahun ni aku nekad nak buat biskut raya untuk 3 keluarga! Keluarga aku, mak dan mak mertua. Semangat mahu kuat ... hati kena cekal ... badan kena kebal! Kalau tak .... memang tak capai sasaran aku!
Empat jenis biskut raya ... dalam masa 48 jam! Huhu .....
Fuhh 4 jenis dlm masa 48jam?
ReplyDeleteKalau kita 1 kuih pun belum tentu nampak rupa..
Semoga semuanya berjalan seperti yg dirancang ye
Pulun tenaga habis-habisan ni hehe. Alhamdulillah ..terima kasih aima :)
Deletewahhhh bagusnya hanim.. tp buat sendiri lg puas hati kan?
ReplyDeleteakak ni xreti so beli jelah.. heheheee
memang puas hati kak mas ..alhamdulillah. Berbaloi rasa sakit pinggang sengal2 otot-otot dua hari ni hahaha :D
DeleteSaya pun mula buat sejak tahun lepas... Huhu.. Bekerjasama dgn suami siapkan... Tahun ni tak start lagi buatnya.. Hehe
ReplyDeleteAnim buat sengsorang 95% ni sis. Kalau boleh memang takmo sapa-sapa kacau, tapi kalau nak kena gi kedai tu kenala minta tolong suami hehhe :D
DeleteSeronok buat kuih raya ni sebenarnya...zaman sekarang ni nak resepi apa googe jer...so, apa lagi??? Jom kita membaking!
ReplyDeletememang seronok sis! Rindu giler ...dah 4 tahun menunggu, akhirnya dapat juga pegang dulang kuih hahaha ... jommm!
Deleteingat nak buat jugak kuih raya tahun ni.
ReplyDeletetapi my dad rosakkan oven punya pintu.sobs
www.thethinkerbelle.com
Alahai ...oven tu yang penting tu kan. Takpe minta daddy belikan baru hehe :D
Deletelarat tak larat memang kena capai target tu sis hehe. Pembantu takda ...kita lone ranger buat kuih ...lebih selesa :)
ReplyDeletemau tunggu entry kedua pasal kuih raya 48 jam :)
ReplyDeleteapapun, tahniah ye...
Dasyatlah..dalam 48 jam le buat 4 jenis biskut raya..
ReplyDelete