Assalamualaikum!
Kedatangan bulan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh semua umat khususnya umat Islam di Malaysia. Namun dalam kemeriahan sambutannya, kita masih pertu terapkan kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan seharian, tampil segar, sihat dan cantik di Hari Raya.
Untuk itu, Guardian Malaysia telah mengadakan kempen "Sihat dan Anggun Sempena Aidilfitri" untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik pelanggan mengenai bagaimana mereka boleh mengekalkan gaya hidup yang seimbang dan sihat sepanjang bulan puasa, dan kemuncaknya dengan sambutan perayaan.
Majlis yang bertempat di Carcosa Sri Negara menghimpunkan para media dan bloggers bagi menyiapkan mereka dengan rutin dan tips dari segi kesihatan, kecantikan, penjagaan rambut dan masakan lazat dari chef selebriti Anis Nabilah.
Ada pelbagai aktiviti disediakan, antaranya pemeriksaan kesihatan oleh Ahli Farmasi Guardian dan sesi dialog bersama Penasihat Kesihatan Guardian Siti Aishah Mohd Yunos. Tidak ketinggalan tips dan rutin stail mekap dan trend terkini oleh Penasihat Kecantikan, Evelyn Tan dan penjagaan rambut oleh Ketua Akademi A Cut Above, Peter Wong.
Ramadhan adalah bulan yang dicipta khusus untuk kita mem'bersih'kan rohani dan jasmani. Dalam bulan ini, sepatutnya kita mampu mengawal pemakanan dan meningkatkan tahap kesihatan untuk kekal cergas dan bertenaga. Namun, masyarakat kita sering menjadikan bulan Ramadhan ini seperi bulan pesta makanan, di mana kita makan terlalu berlebihan sehingga kita menjadi letih dan lesu.
picture credit : www.namesherry.com |
Antara tips berguna untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang Ramadhan yang dikongsikan oleh Cik Siti Aishah pada hari tu adalah :
- Jangan tinggalkan sahur, kerana ia merupakan waktu yang diperlukan untuk kita makan sebelum memulakan puasa selama 12 jam.
- Badan kita memerlukan makanan yang mampu memberikan tenaga cepat setelah tidak makan sepanjang hari. Untuk mengembalikan tenaga, makanlah buah kurma
- Pengambilan susu juga penting, ia mampu membersihkan perut dan membuang segala sisa toksik dari makanan yang kita ambil. Amalkannya sebelum tidur.
Beliau turut memberikan tips untuk mengelakkan dari gastrik dan pedih hulu hati. Antaranya :
- Elakkan makan makanan yang masam atau berasaskan jeruk
- Elakkan makan makanan yang pedas
- Elakkan minum minuman berkafein seperti teh dan kopi
Selain penjagaan kesihatan, penjagaan kulit dan kecantikan turut penting uolls! hehe. Di majlis ini, penasihat kecantikan, Evelyn Tan turut berkongsi tips dan rutin mudah untuk medapatkan kulit yang sihat dan cantik. Beliau juga menunjukkan cara-cara membersihkan muka yang betul.
Lebih menarik, rakan blogger Elana Khong sudi menjadi model terhormat hehe.
Biasanya, kulit kita akan jadi kering kerana kekurangan air. Untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, ada satu produk iaitu Thermal Spring Water yang bagus untuk dicuba! Hanya perlu spraykan ke wajah korang dan korang akan rasa sejuk dan segar. Tak perlu cuci muka kerap serta ianya senang dibawa kemana sahaja!
Bila spray ke muka, pastikan mulut korang tutup ye takut terbatal puasa kang hehehe. Kat mana nak beli Thermal Spring Water ni ... tentunya di Guardian Store berdekatan korang! ^^
Tidak lengkap rasanya tips penjagaan kecantikan kalau tidak disertakan dengan penjagaan rambut bukan. Peter Wong selaku Ketua Akademi A Cut Above sudi mengongsikan tips penjagaan rambut yang baik untuk jenis rambut yang berbeza.
Memandangkan aku mempunyai jenis rambut yang normal yang berombak dan kering, ada tips yang boleh aku cuba untuk dapatkan rambut yang sihat :
picture credit : www.namesherry.com |
Sebelum mengakhiri majlis. satu demo memasak telah diadakan menampilkan chef selebriti terkenal yang kecik comei, iaitu Anis Nabilah! hehe. Aku berpeluang menyaksikan sendiri beliau menyediakan hidangan rendang yang sihat untuk hari Raya.
Teruja melihat semangat dan kepetahan beliau bercakap dengan para media sambil memasak hehe. Ye la .. dah memang hari-hari gitu caranya kan.
Seperti yang aku cakap tadi, resepi pertama beliau memasak rendang ayam. Bahan yang digunakan kebanyakkan sudah kita sedia maklum, tapi kali ini beliau menggunakan bahan lain bagi menggantikan bahan yang lazim kita gunakan dalam memasak rendang.
Nak tahu apa dia? Meh tengok bawah ni .....
Santan dan gula merupakan bahan utama dalam masakan Melayu. Menurut Chef Anis, orang dulu-dulu kalau nak tambahkan perasa dalam masakan, mereka akan masukkan gula. Tapi, orang sekarang suka sangat letakkan MSG .... not good untuk kesihatan kita you know!
So, untuk demo masakan kali ini, Chef Anis menggunakan Karihome Goat's Milk Powder menggantikan santan dan Sweet Sante menggantikan gula biasa.
Kat mana nak beli dua-dua produk ni? Tentunya di Guardian Store! ^^
Nyummm yummmyy! Semerbak harum bau rendang Chef Anis kita ni. Dan, yang di sebelah kiri tu yang dah siap masak. Lengkap dengan rasa pedas dan tak terjejas langsung bila menggunakan kedua-dua bahan di atas. So, kita dapat rendang ayam yang sedap dan menyihatkan di pagi Raya ....ohsem!!^^
Last but not least, Chef Anis menunjukkan cara membuat Apple Cranberry Sauce Muffin.
Kempen kesihatan dan kecantikan "Sihat dan Anggun Sempena Aidilfitri" Guardian ini akan bermula pada 24 Jun sehingga 21 Julai 2015. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati tawaran menarik bagi vitamin terpilih, makanan tambahan, produk kecantikan, ubat tahan sakit, deodoran, minyak wangi serta produk penjagaan kulit dan rambut. Promosi yang sama juga boleh didapati di Guardian e-store.
Untuk maklumat lanjut, layari : www.guardian.com.my
nak jugak nampak anggun dan sihat sepanjang puasa ni
ReplyDeleteBanyak2 tips kat atas, saya paling suka jgn tinggalkan sahur...hehe...sejak jadi mak2 ni mmg tak mampu la klu x bersahur.
ReplyDeletenyum nyum tu diaa...lapaqqq perut aihhh bila tengok gambar makanan...he he he...
ReplyDeleteBanyak betul tipsnya.. Share ye..
ReplyDeletebanyak info hanim...tq yunk sharing....
ReplyDelete