Assalamualaikum!
Sabtu lepas kami 'berkampung' di Subang. Tempahan simpul kasih perlu disiapkan segera sebab hari Isnin dah kena hantar pada pelanggan! Sementara nak menunggu waktu berbuka puasa, aku dok pulun la simpul kasih tu sengsorang sambil perhatikan dua beradik ni.
Si kakak memang dah lama nampak papan karom tu ... tapi teragak-agak nak tanya kat aku, sebab dah tentu jawapannya ...TIDAK! Tapi bila ayahnya izinkan, kemain laju dia ngan adiknya keluarkan huhu. Malas nak bebel banyak ... aku biarkan aje la.
Sebelum ke rumah kakak ipar, kami singgah di bazar Ramadhan Subang Perdana. Dari jauh dah terpandang satu gerai murtabak ni. Orang beratuq panjang baq hang! Sedap sangatkah murtabak dia ni? Ok takpa ..kita cuba sekeping ... dua keping .... tiga keping ... eh empat keping aku beli! hehe.
Tapi bila sampai masa berbuka ..amik satu masuk dalam mulut dan ... ermmm rasa biasa je. Takda yang istimewa ... boleh tahan jela.
Oh, ini anak menakan aku yang ke .... entah la lupa dah! hehe. Iman memang peramah terutama ngan kami dan memang takda masalah budak kecil ni nak bermesra dengan aku hehe. Mulut pun boleh tahan petah bercakap ...! Tapi bahasa dia bercakap kadang-kadang sepatah haram aku tak faham ... haha :p
Bila mak menakan dan anak menakan berselfie ... teruja dia tengok muka sendiri dalam henpon aku hehe. Bila ditunjuk balik kat dia ...tersenyum dia!
Sekali datang kakak dia .... si Mia ...
Hahaha nampak separuh je la muka mak menakan hang pa. Takpala ... kasi can kat anak-anak menakan hehe ..
bila anak2 buah berkumpul, mcm2 perangai...
ReplyDeletebest :)