Breaking

Monday, July 27, 2015

"Ibu ayah, jom laaaaaa....!"


Assalamualaikum!


Bulan puasa : "Jom la bu ...jom la ayahhhhh ..."

Tiga hari sebelum balik kampung : "buuuu .... nanti boleh tak kita gi jogging?"

Raya Kedua : "Ayahhhhhhhhh ..... nanti boleh tak kita gi tasik?"

Raya Keenam : "Sabtu ahad ni ibu ayah ada gi mana-mana tak ...?"

Puas jugak kakak nak mujuk kami berdua untuk setuju ..! Bukan tak nak, tapi tak kena ngan masanya! Tapi, kerana kesabaran kakak yang tak putus asa memujuk ayah dan ibu, akhirnya berjaya jugak kami jejakkan kaki di Taman Tasik Titiwangsa pagi semalam hehe ....




Memula nak gi ari Sabtu, tapi masing-masing bangkit lewat terus tunda ke hari Ahad. Kakak teringin lama benar dah nak berjogging sekeluarga macam ni. Obviously, dia memang teringin nak buat aktiviti macam ni .. kalau boleh setiap hari! Dan, kami pun dah lama tak pergi taman bersama, hirup udara segar di waktu pagi, tengok pokok-pokok menghijau dan air tasik yang tenang sesekali ikan-ikan menari-nari .... fuh! nikmat dapat tengok tu semua!

Lagipun, aku dan Pak Jelan memang dah lama tak berjogging. Masing-masing memang sayang nak buang lelemak! haha. Aku?? lemak tak berapa nak ada ... tapi itu tak bermakna aku tak perlu jaga kesihatan kan. Kurus ...tapi kurang stamina, aku lah tu. Mujurlah kakak pandai memujuk .. kalau tak, ibu pun macam ayah gak, hobi baru suka kumpul lelemak! muahahaha ....




Kami mula dalam jam 10 lebih camtu. Kejap lagi menerik la matahari ni, cakap dalam hati. Tapi, amazing .... semalam memang mendung kelabu sikit sepanjang pagi hingga ke tengahari tu. Tak panas sangat dan berangin sikit .... 

Sebelum nak jogging, kena buat warm-up sikit ...

"Warm up tu apa bu?"

"Panaskan badan dulu ... yang dari kepala hingga kaki tu ..."

"Takyah ... lari je bu ..."

Amboiiii kemain lagi dia ... kang terkehel sana, terseliuh sini sapa mau jawab? Takda takda! kena warm up dulu ... baru lari :p



Perghh! eksaited tiga beranak ni nak berjogging ... hehe



Pak Jelan cakap aku tak jogging, asyik amik gambar je. Eh, kita amik gambar sekeping dua je, tapi jogging jugak tau haha. Time ni, adik di depan bersemangat 'gila'! :p



Mira dah kena tinggal di belakang ...hahaha! Lenguh dah kaki 'makcik' ni, tak larat dah katanya. Sebenarnya, dia dah nampak taman permainan kat depan tu haaa! Tu yang 'mati' terus semangat nak teruskan larian hehehehe.

Drama Mira dalam poket seluar ibu je laaa ....! :p



Ok, kita berhenti kejap amik gambar! hehehe.



Dua ekor kura-kura sedang bergurau senda dalam air ... so sweeeettttt! ngeeeehehehe :D


Time ni 'Jeneral' dah bosan tunggu 'anak-anak buah' dia yang curi tulang tengok ikan dalam tasik haha. So, 'Jeneral' teruskan jogging tinggalkan kami di belakang ...huwaaa! Mujur sempat kejar haha ...




Jogging berakhir, pastu kami pi regangkan otot di sini pulak. Kakak tanya camna nak main benda ni (kat atas), bila ayahnya tunjuk dia ajak adiknya gi tempat lain ...! Penat ayah terangkan ... diaorang boleh blah cam tu je haha ...



"Apa salah saya cip?" - 'Prebet'

"Saya tak kira ... awak kena buat 100 kali!" - 'Jeneral'




Dah puas berjogging kak? Moh le kita cari tempat duduk jap, lapar la pulak haha. Ibu ada bawa bekal maggi goreng ngan maruku dari rumah. Air vitagen pun ibu dah masukkan dalam beg, manalah tau adik awak buat hal nak air vitagen time-time gini hehe ....

Dalam dok makan maggi goreng tu, datang pulak pakcik jual eskrem, terus tahan dan beli. Berselera masing-masing makan ...!




Pastu bagi diaorang main sepuas-puasnya!




Pastu kami layan badminton. Memula kakak main ngan ayah, pastu ayah main ngan ibu. Kadang-kadang, kakak nyibuk nak main ngan ibu dan ayah ...haha. Gilir-gilir la pukul pun. Kakak banyak gelak dari pukul bola ...hahaha!


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Kami berdua pun dah lama tak main badminton bersama. Dulu, time duduk di kuarters di Kuantan kalau off shift ... petang-petang tu mesti masing-masing keluarkan raket dan main depan rumah. Urmm kenangan indah suami isteri ...hehehe.

Sekarang ni bukan takleh main ... tapi payah nak dapatkan feel nak main tu. Maklumlah, badan asyik penat memanjang, tapi bila dah hayun raket ... memang syok wooooo! :D 




Anak ibu yang baik ... sebelum balik mesti nak bawa 'cenderahati' untuk diri sendiri kan hehe. Dah kata jangan berlari ... jangannnnn ...jangannnnnn. Time naik bukit, dibantainya berlari ngan kakak, belum sempat ayat ibu nak habis, "jangan lar.....", kelepuk! tersungkur dah anak ibu ni. Koyak pulak seluar kat lutut tu ... bercalar sudahhhhhhh!

Nangis jangan cakapla .... ikan-ikan dalam tasik pun boleh dengar tangisan Mira. Ayah dah jauh ke depan, memang tak dengar dah la suara awak. Basah muka ngan air mata ... jalan pun berjingkit-jingkit ermmmm meh la ibu dukung awak ke kereta. Terus senyap ....!

Seronok sebenarnya luangkan masa begini ngan anak-anak ... tenang hati bila tengok kehijauan di sekeliling sambil hirup udara segar. Kalau dapat buat begini seminggu sekali kan best! 



2 comments:

  1. Bestnya... Sha pun kalau ada en.suami baru la rajin nak bawa anak2 gi taman.. Kalau sha sorang, memang x terkejar budak berdua tuh.. sesekali riadah camnie memang best..

    ReplyDelete
  2. best dapat buat aktiviti macam ini dengan anak-anak kan..diorang pun happy je dapat keluar rumah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.