Assalamualaikum!
Dalam perjalanan ke Port Weld semalam, kami bertembung dengan satu kemalangan di simpang lampu isyarat Kamunting. Dari jauh tengok orang dah ramai kerumun dan kelihatan seseorang sedang memangku, barangkali mangsa yang terlibat kot. Kami hanya mampu berdoa mereka tak mengalami sebarang kecederaan serius!
Allahurobbi ... berderau darah tengok motor bersepai di tepi pembahagi jalan tu! Tak pasti orang tu langgar apa atau siapa. Tapi, yang sempat aku tengok dia diangkat oleh orang ramai untuk dibawa ke ambulan. Harapnya takda yang serius berlaku kat dia la ....
Musim raya macam ni, kemalangan memang biasa terjadi. tapi sikap pengguna jalan raya yang tak sabar antara penyumbang terjadinya kemalangan seumpama ini.
Semalam pun dalam perjalanan balik menghala ke Selatan, masih ada pemandu yang bersikap biadab dan memandu dalam keadaan merbahaya! Yang lalu ikut lorong kiri tu dah tentu ada ... kami hanya mampu geleng kepala dan berdoa dia disaman! haha. Dah ... sapa suh tak ikut barisan??? Kau nak cepat sangat macam boleh sampai umah dulu! Kat depan tu kang kau kena tekan brek jugak! Pastu barulah terhegeh-hegeh nak masuk barisan kiri ... itu pun tak bagi signal! Tak ke rendah sikit dah IQ tu?? Haihh ....
Jangan pentingkan diri sendiri dan nak cepat sampai je! Fikir samala tentang orang lain jugak ... dalam kereta tu ada isteri, suami, anak-anak, mak dan ayah. Kalau terjadi apa-apa yang tidak diingini, menyesal tak sudah! Kat hiway ELITE semalam pun sama .... si Kelisa 'gila' selamba badak je buat zig zag masuk dari lorong kiri ke tengah dan ke kanan sekali! Tolonglah ..... jangan kerana kegilaan kamu tu menyusahkan hidup orang lain!
Salah orang yang pentingkan diri sendiri...
ReplyDeletePerkara nie selalu terjadi bila musim perayaan dan cuti sekolah...
ReplyDeleteXtaulah diorang nie letak otak kat mana...
Sha kalau ade potong ikut kiri sha hon kan.. biar dia insaf sikit..
Orang lain beratur elok2 dia suke2 jer nak potong line...
mcm2 perangai..huhu
ReplyDeleteItu la pemandu yang faham undang2 sebelum nak dapat lesen....tapi buat2 tak faham lepas dah dapat....
ReplyDeletemacam ni lasikap pemandu..takleh ditegur..
ReplyDelete