Assalamualaikum!
Yang sorang suh tebang pokok tu! Yang sorang lagi kata jangannnnn, kang langsung tak kuar buah menyesal tak sudah! Pergi balik pergi balik ituuu je la yang digaduhkan setiap kali. Kalau bab-bab berkebun ni, dua laki bini memang payah nak capai kata sepakat hehe.
Pokok mangga belakang umah kat kampung ni memang dah lama membusuk. Daun banyak tumbuh, buah pun banyak keluar tapi semuanya busuk dimakan serangga perosak! Pendek kata, memang tak dapat diselamatkan la ..! Jalan penyelesaiannya ... abah kata kasi potong habis itu pokok mangga! Biar tinggal tunggul kayunya je.
2 minggu selepas dicantas tinggal tunggul
(Februari 2015)
Malangnya, mak tak setuju! hehe. Dah macam drma tv pulak .. ada setuju tak setuju yek hahaha. Mak kata kalau dipotong habis pokok tu alamatnya jangankan kata buah ... daun pun tak tumbuh dah!
Lama giler kot diaorang dok berbalah pasal pokok mangga ni. Abah nak cantas sendiri tak larat, kang kalau abah dah pegang parang, mak pulak bising-bising. Dah tak jadi abahku nak motong. Nampak tak kuasa bebelan seorang wanita? hahaha :p
Bila anak menantu dia balik, inilah masa yang sesuai untuk 'korban'kan pokok tu! hehe. Dan 'rebah' ke bumi jua akhirnya huhu. Degilnya abah!
selepas 5 bulan (Julai 2015)
Dan disebabkan kedegilan abah ... lepas 5 bulan dengan izin Allah berbuah jugak pokok mangga tuuu! Haaa tu la lenkali kena dengar petua dari orang lama-lama macam abah hehehe.
Buah dok kat bawah lagi hehe. Dah cukup membesar, tinggal nak tunggu dia masak ranum di pokok je lagi. Alhamdulillah kali ni daun dan buah cantik dan elok. Tapi takleh petik dan makan lagi la. Harap dapat merasa buah mangga ni nanti! ^^
betul jugak kata orang-orang tua ni ek
ReplyDeletehe he he, baca dah macam telenovela pun ada gak nih...
ReplyDeleteEh ehhh dah berbuahhh dah.. Kemetot jeee pokoknya... Senang nak petik
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezeki.. atas kedegilan abah itu.. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki... Sedap nie kalau buat mangga asam boi..
ReplyDelete