Breaking

Monday, July 27, 2015

Khasiat Daun Tenggek Burung


Assalamualaikum!


Abah bawa balik sesuatu yang pelik dari pasar! Pelik bukan kerana rupanya, tapi kerana namanya! Aku taula aku bukan pemakan sayur ulam-ulaman yang tegar seperti orang lain, tapi kali ni memang inilah nama sayur yang paling pelik pernah aku dengar selain dari daun sekentut! haha




Kenapa ia dipanggil Daun Tenggek Burung? Aku bertanyakan soalan itu pada abah semalam, sebab nanti suatu hari anak-anak aku mesti akan tanya soalan yang sama hahaha. So, kena bersedia dengan jawapannya dari sekarang :p

Dan, jawapan yang dah aku agak akan keluar dari mulut abah dan mak ..."sebab burung bertenggek atas dia kot ...." hahaha. Nak tak nak kena 'telan' jugak jawapan tu :p


Khasiat Daun Tenggek Burung

Hanya basuh bersih-bersih pastu ngapp! Ada yang kata, makan ngan budu pun sodap weh! Abah cakap lagi, daun ni baik untuk merawat tekanan darah tinggi dia. 

Antara khasiat lain :
  • melancarkan peredaran darah
  • merawat tekanan darah tinggi
  • menguatkan rahim
  • melambatkan ejakulasi air mani lelaki
  • menyegarkan tubuh badan

Cara menggunakan:

Kita hanya perlu makan 6 atau 7 helai daun sekali makan. Daun yang dimakan ialah daun yang muda. Rasanya sedikit kelat dan garing, jadi sesuai dimakan sebagai ulam. Makan diwaktu malam atau siang. Kesannya agak segera, selepas 2 atau 3 jam.


Sumber info : www.khasiatherba.com


8 comments:

  1. Pelik tak pernah dengar. Ulaman memang berkhasiat cuma ramai tak suka makan ulam. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Pernah juga dengar nama daun ni tapi tak pernah makan lagi. hehehhe

    ReplyDelete
  3. Pelik sungguh nama daunnya.. hehehe...

    ReplyDelete
  4. Selalu nampak jual kat pasar, tapi tak pernah beli sebab tak tau nama. Ni dah tau, boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. Sedap...dulu selalu makan...

    ReplyDelete
  6. Dulu tak pandai makan, bila pindah duduk area sekarang ni.. pergi pasar, penjual tu yang kenalkan ulam ni.. sejak dari tu lah ai kenal daun tenggek burung ni + sedap makan dengan sambal belacan.. budu/cencalok pun layan gak.. hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.