Assalamualaikum!
Sekali sekala bila balik kampung, aku akan bangun pagi-pagi buka tingkap dan ... sejukkkkk hawa dingin alam semulajadi menerpa wajah! Allahuakbar ... nikmat sungguh angin sejuk waktu begini! Bila fikir-fikir balik, rasa macam nak duduk terus di kampung! Keindahan dan kesegaran udaranya menyebabkan aku boleh lupa ingatan tentang kerja dan kehidupan di kota!
Dan, jujurnya aku sangat rindukan semua tu! Kehidupan di kota besar tidak setenang di kampung halaman. Dan, bila melihat wajah anak-anak yang ceria sambil menghidup udara pagi yang segar di Taman Tasik tempoh hari, aku sedar bahawa mereka juga berhak untuk dapat yang lebih baik!
Sebab itu, bila ada rezeki lebih dan kami pulang ke kampung ... anak-anak pasti akan habiskan masa mereka di luar rumah Atoknya! Seawal pagi, diaorang dah sepahkan halaman depan rumah dengan daun yang dipetik dari pokok bunga Wan untuk main masak-masak. Aku tak tahu la naper Wan tak marah langsung budak-budak ni main dengan pokok bunga dia, walhal kalau aku nak trim sikit pun mak dah membebel hahaha. Tapi bila dua beradik ni main petik je daun dan bunga .... eh tak berbunyi pulak mak aku ni! Grrrr ..... hahaha
Mungkinkah satu hari nanti aku dapat pindah balik kampung? Kalau dapat transfer kat Melaka ni pun ok gak kan. Dapat la aku jadi #BloggerMelaka pulak hehehe. Lagi satu, aku memang niat nak jaga mak dan abah. Di waktu usia menjengah 65 tahun, mereka pasti perlukan perhatian dan kasih sayang dari anak-anak dan cucu-cucu. Dari raut wajah diaorang aku faham ... cuma tak terluah kerna tidak mahu anak-anak terkongkong dengan permintaan...
Hurmmm .....
bestnye tinggal di kampung, serabut dengan jem di bandar besar...kalau IQ dapat peluang kerja kat kampung pun, IQ sanggup, lebih aman..huhu
ReplyDeletekampung belah suami IQ melaka juga...hehe
Bestnya klu dpt blik dok kt kmpung cm ni... kt Png xda lgu ni.. huhu
ReplyDeletememang tenang kalau dapat duduk kampung...leibh2 lagi kalau dapat jaga mak dan ayah..insyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteSiapa tak suka tinggal dekat kampung..
ReplyDeleteTenang tanpa hiruk pikuk kenderaan.. tambah pulak keliling ada pokok buah.. lagi ohsem.. hehehe..