Breaking

Friday, July 24, 2015

Mee Udang Port Weld!


Assalamualaikum!




Kalau ang pa orang jati Port Weld, ang pa mesti tau kedai ni kat mana! Ni pun baru pertama kali kami jejak kaki mai sini hehe. 

Dah berapa lama aku pendamkan hasrat nak makan mee udang ni. Asyik bertangguh je ... kali ni aku nekad nak pi jugak! Memula nak pi makan kat kedai yang selalu masuk tv tu. Kat Port Weld jugak tu ...tapi bila Pak Jelan dok gebang Mee Udang Pak Leh ni sedap ..sedap ... sedap sangatkah??! huhu

Jom pi try sat! Kalau sedap aku belanja, kalau tak sedap pak Jelan belanja haha :p




Kedai sebenar dia yang kat atas tadi tu. Yang ni dia dah buka tempat makan kat sebelah yang lebih besar untuk pelanggan. Selesa dan berangin .. takla kepanasan makan kat dalam tu. Menurut Pak Jelan, Mee Udang Pak Leh ni bukan saja sedap tapi tempat ni menyimpan kenangan dia masa kecik-kecik dulu.

Dulu, Pak Leh ni asalnya tak jual mee udang tapi yang femesnya kedai Pak Leh ni ialah cucur udangnya! Berlari Pak Jelan dari sekolah ke sini semata-mata nak makan cucuq udang! Mmmm memang dah tahu dah dia ni kuat makan sejak dari kecik lagi ... cuma taknak mengaku je tu haha!

Dah dah ... jangan banyak bunyi! Moh kita pekena mee udang Pak Leh! ^^




Ni namanya Mee Udang Super! Dia punya udang memang SUPER BIG! Kalau udang besar-besar tu sila bagi kat aku la ye. Pasal aku memang suka makan udang dan takda masalah makan udang besaq camni! :D




Keistimewaan Mee Udang tu ada macam-macam cara kan. Kalau yang lain biasanya udang banyak sampai tak nampak mee di bawah, tapi kat sini udang laut yang bersaiz besar dihidangkan! Pendek kata, penuh isi udangnya dan berjus bila digigit! Arrghhh .... naper jauh sangat Mee Udang Pak Leh ni haaaa? T_T




Yang ni Pak Jelan punya, Mee Udang Special! Udangnya bersaiz sederhana tapi puas makan lor hehe.




Teka mee goreng ni untuk siapa? hehe. Kakak la punya permintaan ni, Sebenarnya. mee goreng ni ada udang, tapi kakak taknak so orang tu tak letak la. Harga pun kira RM3.50 je. Rugiiiii rugiiii kakak tak makan udang! hehe ...





Adik tu kan ... sebenarnya lapar tau. Pastu ada ke dia gi order nasi kat orang tu! Dah nama pun kedai mee udang, so nasi payah la nak cari nak oiii. Pak Jelan pun suap mee udang tu kat dia ... eh sedap pulak katanya ...haha. Baru Mira tau penangan mee udang Pak Leh! Siap tak cukup suh order sepinggan lagik ...! :P





Tak sangka pulak Pak Jelan boleh jumpa kawan lama kat sini. Rancak depa berborak nooooo hehe.




Kat belakang kedai Pak Leh nilah tapak sekolah tadika Pak Jelan dulu. Apa nama sekolah ni dulu lupa nak tanya hehe. Sekarang dah tinggal batu ni je la ha. Kenangan dia masa kecik-kecik dulu, tu yang kalau datang sini mesti dia ulang cerita yang sama hehehe :D

Alhamdulillah tercapai hasrat nak pekena mee udang kat sini. Bagi aku, memang puas hati makan kat sini walaupun harganya ....gulp! hehehe. Berbaloi dengan harga dan rasanya. Kalau balik Perak lagi, insyaAllah nak repeat sini je nanti :)


7 comments:

  1. murahnya kak! kalau nanti tetiba tersesat kat sini, boleh torai nanti... sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. udang masak mcm mana, campur sana sini, mmg kesedapan tak terhingga..lapar la pulak dah

    ReplyDelete
  3. asyik tengok org pos je, sedapnya lah

    ReplyDelete
  4. macam best je.kena try ni nanti

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... SUka udang juga... Macam kena cari jer..

    ReplyDelete
  6. Aduh tak boleh tahan tengok udang besar gedabak. Husna

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.