Assalamualaikum!
Keriangan Syawal masih terasa meskipun kita telah memasuki minggu kedua. Bagi menjadikan Syawal tahun ini lebih bermakna, Guardian Malaysia telah mengadakan sambutan eksklusif Aidilfitri untuk 100 kanak-kanak dari tiga buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang.
Dan alhamdulillah, kami sekeluarga juga turut berkesempatan menghadirkan diri di majlis yang gilang gemilang dan penuh dengan mood beraya kerana suasana ceria dan pakaian hadirin yang berwarna warni dan tradisional menyerlahkan seri majlis pada malam itu.
Walaupun kami sampai agak lewat pada petang itu kerana terperangkap dalam kesesakan yang teruk, namun sempat juga aku melihat aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sebelum majlis makan bermula. Antara aktiviti yang disediakan untuk anak-anak yatim dan para tetamu ialah menganyam daun ketupat, karikatur, tangkap gambar keluarga dan penebusan tiket wayang percuma oleh MCT.
Malangnya, satu pun kami tak sempat nak buat sebab terlewat huhu. Kakakla yang paling beria nak sertai aktiviti di sini tapi apakan daya bila kami baru nak mula di booth pertama, semua orang dah berduyun-duyun masuk ke dalam dewan makan.
Pembukaan majlis dimulakan dengan Tarian Zapin. Pengacara yang mengemudi majlis pada malam itu adalah Nazrudin Rahman, berjaya menggamatkan dan menceriakan lagi suasana Hari Raya dengan celoteh dan kepetahannya bercakap di atas pentas.
Untuk makluman, Guardian Malaysia telah menjemput anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Rumah Perlindungan Al-Nasuha dan Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah Wal Mahabbah untuk diraikan dalam majlis serba eksklusif sambutan Aidilfitri.
Majlis sambutan Aidilfitri malam itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti-selebriti seperti penyanyi Sean Ghazi, pelakon Aiman Hakid Ridza, bekas penyampai radio JD dan Dilly serta bekas pegnacara TV rancangan 3R - Celina Khor, Rafidah Abdullah dan Kartini Kamalul Ariffin.
Aiman & Nazrudin
Sean Ghazi
Lama tak dengar pasal penyanyi jazz Sean Ghazi ni kan. Tapi, malam tu beliau sangat mantap dan profesional di atas pentas menghiburkan para tetamu dan anak-anak yatim dengan dendangan lagu yang merdu. Tak percaya? Nah tengok video yang sempat aku rakamkan ni :)
Dalam meneruskan muhibbah perayaan dengan mengekalkan tradisi memberi dengan ikhlas, Guardian Malaysia turut menyerahkan setiap rumah kebajikan dengan baucar dari Guardian bernilai RM10,000 di mana membolehkan mereka menebus barang-barang keperluan seperti alat penjagaan diri, produk kelengkapan diri dan kebersihan, barangan farmaseutikal serta perubatan untuk kanak-kanak ini.
Dan makanan pun sedap-sedap malam tu! Jangan percaya kami hanya makan yang atas ni je ye haha. Hampir semua hidangan kami cuba seperti leman, kambing panggang, rojak buah, nasi putih bersama lauk dan banyak lagi!
Tapi yang paling aku teringat-ingat sampai ke hari ni ialah hidangan pasta! Terbaikkkkkkkk ....!
Punah dietku malam tu ...haha!
Mira dah dapat akal baru ... kalau bergambar mesti dibuat muka yang pelik-pelik! hehehe
Adik comel nak berkawan ngan kakak hehe
Antara wajah-wajah pemenang cabutan bertuah pada malam tu
Terima kasih Guardian Malaysia kerana menjemput kami sekeluarga ke sambutan eksklusif Aidilfitri bersama anak-anak yatim kali ini. Walaupun tak menang hadiah cabutan bertuah seperti Pandora, Mini iPad atau Ice Watch tapi kami pulang dengan hati yang ceria je haha.
Apapun kemeriahan Syawal ini pastinya dapat dirasai oleh anak-anak yatim yang diraikan pada malam tersebut kan :)
Untuk maklumat lanjut tentang Guardian, boleh layari www.guardian.com.my
Wow meriahnya hanim.. best la..Selamat Hari Raya buat anim sekeluarga..=D
ReplyDeleteseronok anak-anak yatim tu
ReplyDeleteseronok anak2 kat sana..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah... Seronok melihat orang lain seronok kan...
ReplyDelete