Breaking

Tuesday, July 07, 2015

Projek Biskut Raya 2015 : Orange Shortbread


Assalamualaikum!


Ok ... ada kesilapan berlaku sebenarnya! Sebenarnya aku bukan nak buat biskut Orange Shortbread ... tak terlintas langsung pun nak buat! Tapiiiiiiiii .... bak kata pepatah, apa yang kita inginkan tak selalunya kita dapat. Dan, kadang-kadang kita perlu belajar menerima sesuatu yang baru dalam kehidupan ini .... mana tahu yang baru itu barangkali lebih baik untuk kita ....

Haaaa hok aloh ...apa yang aku merapu di atas tu?? hahaha. Okla ok la takmo merapu banyak sangat, nak tahu cerita penuh terjah SINI. Inilah biskut raya yang telah tinggal separuh balang setakat hari ini! Sapa punya keje? .... suspek utama ialah kakak! hehehe. Dia punya selera kat biskut raya, boleh bikin aku risau ...takut-takut time raya nanti biskut raya kat umah ni habis licin dikerjakannya! Alasannya ....ibu punye biskut oren ni sedapppp! Ooohhh ..kemain puji kita ye ...ibu dah habis 'kembang' dah ni kak ...tak larat nak tukar seluar dah muahahaha!




ORANGE SHORTBREAD

BAHAN-BAHAN

200gm butter (i is guna buttercup)
100gm gula kastor
30gm nestum kisar
30gm tepung kastard
1 sudu air sejuk (peti sejuk)
2 sudu bijan
40gm tepung jagung
260gm tepung gandum (yang telah diayak)
1 sudu perasa oren (i is guna star brand)

HIASAN

kelapa parut halus
manik berwarna warni
1 ketul coklat putih

CARA-CARA

1. Putar butter bersama gula kastor sehingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastard, nestum dan bijan. Kemudian masukkan air sejuk dan perasa oren dan putar lagi. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan menjadi doh.

2. Dengan menggunakan acuan yang sesuai, terap doh tadi dan susun dalam dulang pembakar sehingga siap kesemuanya. Sementara tu, panaskan oven dahulu untuk 5-10 minit.

3. Dulang pembakar dimasukkan dalam oven dan suhu disetkan pada 145°C selama 25 minit. Setelah masak, keluarkan dulang pembakar dan biarkan ia sejuk sekejap.

4. Di dapur, panaskan coklat putih dalam periuk sehingga cair. Cara nak buat,isi air dalam periuk/kuali dan letakkan periuk lain dalam air mendidih tu. Masukkan coklat dalam periuk dan kacau coklat tu sampai ia cair. Kemudian tutupkan apinya. Sediakan berus lukis (yang baru la) untuk sapu coklat pada biskut.

5. Campurkan kelapa parut dan manik berwarna warni dalam satu mangkuk, gaulkan ia rata. Ambil berus dan celup dalam coklat putih, sapukan di atas biskut tadi. Kemudian tekan biskut tu dalam campuran kelapa parut dan manik. Ulang prosesnya sehingga siap. Jika coklat putih dibiarkan mengeras, ia perlu dicairkan semula untuk memudahkan proses sapuan.

6. Biskut siap dan sedia untuk disimpan dalam bekas kuih atau dimakan.




Seronok juga bila anak-anak turut membantu di dapur. Tambah bila diaorang tengok biskut tu cantik pulak tu, memang automatik sukarela nak buat sama. Masuk dalam mulut pun sukarela jugak la jadiknya ....muahaha!


SELAMAT MENCUBA! ^^



10 comments:

  1. amboiii rajin nyer anak dara! :)

    ReplyDelete
  2. rajin kakak tolong buat, rajin lagi tolong makan..btw..biskkut memang nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin sebab sambil buat sambil ngapp! haha

      Delete
  3. Best la.. Ada pembantu... Hehe

    ReplyDelete
  4. ahaha,, hanim..ritu yoorin balik kampung pon pedajal kuih raya mak buat dah tinggal sebekas je..sebab time gini laa syok nak makan kuih raya..hahaha..dah raya nanti mcm x syok kan

    ReplyDelete
  5. em.. tengok bahan-bahan pun dah terbayang kesedapan cookies ni.
    mseti sangat seronok bila buat biskut raya sama-sama dengan family kt umah. :)

    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  6. dari awal aida da plan nak buat kuih raya.
    kakak2 bantu.
    malangnya tak jadi plan kami.
    kakak2 pun kecewa la...
    seronok nampak anak-anak hanim tu bantu.
    memori terbaik!!!

    ReplyDelete
  7. Rajin kak Hanim buat biskut raya.. Mieza dah lama tak membaking biskut raya sendiri.. Semua main order je.. Huhu.. Ada rezeki, tahun depan nak try buat sendirilah pulak.. In Shaa Allah kalau panjang umur.. Hehe..

    Btw. thank you atas perkongsian resepi.. ^__^
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.