Assalamualaikum!
Duapulohpatjam telah berlalu ...dan dua jenis biskut raya telah siap! Tinggal lagi kurang duapulohpatjam je lagi dan aku kena berkejar untuk siapkan dua jenis lagi huhu. Penat memang penat tak boleh nak kata laaaa weh! haha.
Bagi yang terlepas sila terjah Part 1 dulu hehe. Malam tu sebelum nak mula menggentel Almond London, aku sempat terbongkang kejap atas sofa dek kerana keletihan melampau! hehe. Ye la ..buat keje tanpa henti, hanya berhenti untuk solat kemudian sambung. Bazar Ramadhan pun Pak Jelan yang pergi sorang, masak mak yang masak hehe ...tapi mak dah bagi green light supaya aku teruskan jugak buat kuih ...so kita teruskan je bebeh! hehe.
Pagi Ahad diteruskan dengan projek biskut seterusnya yakni tart nenas ...haaaa kuih ni memang wajibulghunnah atas meja ye hehe. Kalau beli biskut tunjuk tunjuk pun memang cari tart nenas punye. Tetamu datang umah bukan suka nau nak makan biskut moden-moden ni, terutama orang-orang veteran. Diaorng still prefer kuih-kuih tradisional macam tart nenas, so jom kita buat!
Masa memula aku berkecimpung nak buat tart nenas ni dulu ...memang frust memanjang! Antara halangan yang aku tempuh untuk siapkan tart nenas ni ialah, payah nak dapatkan acuan yang lurus dan cantik. Kalau senget benget atau 'bunga'nya pecah pecah, aku kena buat semula...huh!
Tapi hari tu aku teruskan jugak la. Takdala cincai boncai buat ...tapi aku dah tahu skill dan trick dia macam mana ...so, tangan ni laju je la menekan doh dalam acuan hehe.
Beginilah rupa tart nenas aku. Eh ..yang ni belum masak punye ni. Baru lepas sapu telur kuning atas dia ..pastu masuk dalam oven dan siap! Nak menggentel inti nenas pun satu hal jugak ...sebab yang membuatnya sengsorang kan hehe. Tapi, aku ok je la .... dari 4 adunan dapat jugakla lebih kurang 210+ biji tart nenas. Cukupla bagi sorang sikit untuk belah sana, sini dan sinun hehehe ...
Last but not least, biskut ke ompek den! hehe. Memula aku plan memang nak buat biskut strawberi shortbread. Bahan-bahan pun dah cun cun ikut resepi ...entah macam mana, aku boleh tersilap pandang tang perasa dan pewarna!
Sepatutnya pewarna strawberi yang aku kena beli, tapi tangan terambik pulak perasa strawberi hehe. Tu pasal la time aku tengah kacau adunan, tengok warna doh tu tak berubah kaler pun! Eh ..pasaipa pulak ...betul la aku letak dah 4 sudu pewarna strawberi. Ambik botol .... tengok tajuk ...laaaaaaa PERISA strawberi rupanyaaaa! Arrghhh .....
Mujurlah aku tak jadi nak stress ...cepat-cepat pinjam mak punya pewarna oren yang baru beli tadi hehehehehe. Mujur ada 'penyelamat', kalau tak dah satu hal pulak nak kena suh Pak Jelan start kete gi membeli. Benda kecik satu je nak beli ...tapi beratur kat kaunter alahaiiiii tak koso den do!
Maka, instead of strawberi shortbread terhasillah oren shortbread hehehe. Warna je bertukar tapi rasanya tetap sedappppp! haha. Amboiii puji biskut sendiri nampaknya kak long ye ...huhu
Walaupun biskut tekap tekap je, tak cantikla kalau takda hiasan sikit kat atas dia kan. So, moh le kita sapu dengan coklat putih dan taburkan kelapa parut halus dan manik-manik berwarna warni untuk menarik perhatian kanak-kanak yang datang beraya nanti hehehehe.
Bab-bab sapu coklat dan hias menghias ni, aku serahkan pada dua beradik ni. Memang selagi aku kat dapur, selagi tu diaorg akan datang setiap 15 minit dan tanya boleh tolong ke tidak huhu. So, tolonglah ... ibu pun dah berpinar biji mata asyik tengok kuih sejak dari semalam hehe. Seronok pulak tu tengok diaorg berdua membuatnya ...
Yang kakak sambil dia sapu dan tabur manik tu, sempat jugak la dia ngap sebiji dua ..haha! Ini budak memang kuat makan biskut raya! Empat jenis biskut aku buat, tiga darinya dia yang banyak makan pun. Tart nenas je dia tak berani cuba lagi hehe.
Alhamdulillah ... sempurna sudah koleksi biskut raya aku kali ni. Empat jenis biskut dalam masa 2 hari. Kaler gelap, cerah, oren dan putih semua ada. Memang pulun tenaga habis hehe! Tapi, berbaloi rasa sebab dapat bagi lebih untuk mak dan mak mertua nanti. Takda la kita ni balik dengan tangan kosong je kan. Kata orang ..bawa perut je gi rumah orang gituuu hehe.
terbaik la nie.. =D
ReplyDeleteRAJINNYA DIA!
ReplyDeleteterbaik !!!
ReplyDeleteWah... Byknya.. Adoi.. Teruja nk buat..
ReplyDeleteWah!!da start buat..sha belum lg..huhu..
ReplyDelete