Breaking

Tuesday, July 14, 2015

Sebelum Balik Kampung ....


Assalamualaikum!




Alhamdulillah ...akhirnya setel juga tempahan simpul kasih mengikut jadual! Rezeki di bulan Ramadhan untuk kak ipaqku hehe. Tempahan dibuat seminggu sebelum puasa lagi, tapi bila dok ngantar simpul kasih yang dah siap ... mesti ada tempahan terselit selit di celahnya huhu ...


Untuk raya kali ni, aku tak berapa nak promot sangat pada teman-teman dan rakan sepejabat ... mengenangkan kak ipaq pun anak-anak kecil lagi. Kesian pulak ke dia ...tapi bila rakan-rakan di pejabat ni yang memang selalu repeat order dok tanya bila nak bukak tempahan untuk raya, maka tak sampai la pulak hati ni nak menolaknya. 

Dan, alhamdulillah .... semua dapat merasa simpul kasih kami kali ni hehe. Terima kasih kerana ulang tempahan. Tempahan simpul kasih telah pun DITUTUP untuk raya. Tapi kalau ada sesiapa nak tempah lepas raya dan untuk Raya Haji .... tempahan dibuka dengan senang hati! ^^




Bila dah buat bisnes simpul kasih ngan kak ipaq ni, haruslah ada lebih sikit sikit kat rumah ni kan. Tambah pulak kakak dan adik penggemar simpul kasih sejati, buka puasa semalam pun dibedalnya hampir separuh kilo! T_T

Ralit ngunyah ... memang tak perasan benda tu tinggal sikit dah! Yang pernah makan je tahu perasaan dia camana ...haha!




Malam tadi jugak kakak dan adik 'bergaya' sekejap dengan baju raya. Sebab ibu baru bawa balik tudung raya yang dibeli dari kawan ibu di opis. Baju raya ada ...takkan la takda tudung raya. Lagipun anak-anak dara den ni ... dah pandai bergaya dan melawa! Tengok je la adik semalam ... berposing berangan sengsorang depan cermin .. dengan gaya gediknya hehehe .... ceria sungguh dia.

Kakak macam biasa... gembira tapi masih malu-malu nak tunjukkan kegembiraannya depan ibu. Memang gaya muslimah betul anak dara sulung aku ni ...huhu.




Tak lupa duit raya. Tiap-tiap tahun kakak dan adik akan dapat duit raya dari bos kat opis ibu. Alhamdulillah ..murah rezeki bos bagi duit raya di bulan Ramadhan ni. Tapi, anak-anak je la dapat ...pekerja dia tak dapat lagi, acaner tu? ekekekee :p

Eh .. ibu pun dah sediakan duit raya gak tapi belum masuk sampul lagi hehehe ....




Selain tu, persiapan raya lain macam biskut raya pun dah lama aku siapkan. Jadikla empat jenis kali ni ... tu pun kat dapur dah tinggal separuh balang je! Memang kakak punya kerja ...siapa lagi! Oren shortbread tu tinggal 30 keping je ... yang marmar carrie tu separuh dah. Tart nenas ngan almond london aku je yang mampu 'bertahan' lagi dalam bekas tu hehehe.




Dan, yang paling penting tuntutan zakat fitrah telah pun dilaksanakan sebelum balik kampung. Paling aku risau, kalau suka bertangguh bayar zakat ... ! Jangan tunggu saat-saat akhir baru nak tercari-cari amil zakat. Kita tak tahu umur kita panjang mana ...! 

Bagi aku, kegembiraan menyambut aidilfitri lebih dirasai oleh anak-anak. Persiapan semua ni pun demi mereka. Bagi kami yang sedang meningkat usia ni hehe ... cukupla dapat beribadat dan menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan moga semua amalan kami diterimaNya.

Begitu cepat Ramadhan kali ini bakal meninggalkan kita. Tak tahu la sempat ke tidak dapat jumpa Ramadhan tahun depan. Bagi pendosa macam kita ni, doa la banyak-banyak moga kita semua diberikan kesempatan untuk berjumpa lagi di Ramadhan akan datang....

Dan kalau takda aral melintang, kami akan beraya di Perak tahun ni. Perak kat mana? BAGAN SERAI! hehe. Itupun bergantung kepada tahap ketahanan Pak Jelan memandu petang kang la hehehe ... kalau tak, dekat-dekat nak berbuka tu la kami akan bertolak. Doakan kami selamat pergi dan pulang ya! ^^


CAMAT AGHI GHAYER!
MAAF ZAHIR & BATIN DARI
KAMI SEKELUARGA!
^^

5 comments:

  1. alhamdulillah...semua dah selesai...dah boleh hati gumbira balik kampung!

    Selamat Hari Raya in advance daripada Sally!

    ReplyDelete
  2. waaa bagan serai, dekat dengan kampung saya

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri dari aida ekk :)
    baju2 raya anak2 semua da cuci.
    mlm ni la baru aida nak pack semua :)

    ReplyDelete
  4. semua dah complete tue..
    trbaik ler akak punya preparation..
    kiut sungguh anak dara dua orang tu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.