Assalamualaikum!
Wartawan : kak, kita nak interbiu sikit boleh?
Aku : Err ... pasal ape ye?
Wartawan : pasal penyusuan ibu untuk program rancangan Feminin di TV1. Kita nak tanya blablablabla ..
Aku : Errmm ... ok. Tapi boleh cut cut (tolong editkan jawapan) tak nanti?
Gelak besar mommy fink kita kat sebelah hahaha! Maklumla, pertama kali diinterbiu macam ni .. mau tak menggelebah dik non! :p Dah la kita tak biasa interbiu-interbiu ni, cuak rasa tau tak!
Serius, time ni menggigil sampai berpeluh-peluh tangan! Soalan yang ditanya nampak senang, poin dah ada ... tinggal nak susun ayat kasi cantik je hehe. Tapi disebabkan terkejut kena 'serbu' macam tu dengan wartawan, aku jadi ..... huh apa aku nak kabor ni kang! Habis la ko Nim ... hahaha!
Temuramah dilakukan di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur di satu event yang aku hadir beberapa minggu yang lepas. Mommy bloggers lain pun turut sama hadir, tapi yang kena interbiu ni aku ngan mommy Diya la hehe. Inilah kali pertama mikrofon dihalakan ke muka dan aku kena jawab soalan secara spontan hehe!. Lenkali jangan buat macam ni lagi tau Nim, kali ni ko menggigil sampai basah tangan ... next time tak tahula apa akan jadi hehe
Selesai diinterbiu ... fuh lega baq hang! Tiga soalan dia tanya, aku rasa macam tiga puluh soalan je hahaha! Allah je yang tahu betapa mengigilnya masa aku jawab soalan-soalan tu. Rasa macam jantung 'gugur' dari tingkat 80 KLCC! Mata pun tak statik, asyik melilau 360 darjah! muahahaha :p
Bila dapat tahu interbiu ni akan disiarkan minggu seterusnya, terus aku follow up supaya tak terlepas! Dan, alhamdulillah dapat juga aku rakam hehe
Ni rakaman pendek yang aku amik untuk diletak dalam blog. Nak tengok yang penuh punya, boleh gi kat fb aku hehe. Program Feminin TV 1 bertarikh 5hb Ogos 2015 lalu membincangkan tentang penyusuan ibu eksklusif untuk wanita yang berkerjaya. Memang terserlah ke-gementar-an aku dalam video ni, tapi bak kata mommy Diya ... muka konfiden tu yang penting kannnnn hahaha!
Yang kelakarnya .... muka aku tapi nama jadi nama mommy Diya! Yang mommy Diya amik nama aku pulak. Aku rasa wartawan tu pun dah konpius dah hahaha!
Dari kiri : Azlinda, Shamiera Osment, Nadia Musa, Safura dan aku
Antara mommy bloggers yang hadir di event hari tu. Memang sporting habis ibu-ibu comel ni .. tambah yang kanan sekali tu, siap lentok kepala lagik! hahaha ....
Terima kasih atas pengalaman ini, yang sememangnya aku tak sangka ia akan terjadi pada diriku! Thanks to mommy Diya jugak yang paksa aku untuk diinterbiu oleh wartawan Feminin tu. Asalnya temankan dia je kena interbiu, akhirnya dengan aku terjebak sekali! hehehe
wow retis;p
ReplyDeletehahahahahahaha ada org seruuu nama kite ke tu? nim janji muka confident ok nim...hahahhaha..apa yg terlintas je ayt tu kan
ReplyDeletePengalaman kena interview dan masuk TV tu yg best hanim :)
ReplyDeleteseronok dok kl.
ReplyDeletebleh join mcm2 event :)
rezeki uolls :)