Assalamualaikum!
Baru-baru ini, aku dijemput menghadiri majlis memperkenalkan duta terbaru AirAsia bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Pengumuman rasmi dibuat dalam satu majlis serba meriah yang turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes bersama wakil media dan rakan blogger yang lain.
AirAsia yang diiktiraf sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia untuk 7 tahun berturut-turut kini boleh berbangga dengan perlantikan duta jenama global barunya, seorang ikon yang juga lagenda dalam bidang muzik antarabangsa!
Pemilihan David Foster, yang juga pemenang 16 kali Anugerah Grammy sebagai Duta Global Jenama AirAsia bagi rangkaian produk premiumnya, Premium Flex dan Premium Flatbed dilihat sebagai satu pilihan yang tepat!
Apa itu Premium Flex? - Premium Flex adalah produk khusus yang menawarkan fleksibiliti untuk pengembara serta nilai-untuk-wang dengan kemudahan bagasi 20kg pecuma dan makanan dalam penerbangan mengikut pilihan penumpang, sehingga penukaran dua penerbangan dengan pilihan tempat duduk, keutamaan bagasi, daftar masuk dan ketika pelepasan menaiki kapal terbang.
Bercakap mengenai David Foster, Tony Fernandes mengakui pencapaian sahabat baiknya itu sebagai ikon muzik antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi. Beliau berharap kolaborasi antara David Foster dan AirAsia mampu meningkatkan lagi prestasi kedua-dua produk ke aras yang lebih tinggi serta mewujudkan pasaran baru untuk membolehkan AirAsia terus berkembang menjadi bukan sekadar penerbangan tambang murah, tetapi penerbangan nilai-sebenar dengan tawaran produk dan perkhidmatan kepada pelanggannya.
Bagi David Foster sendiri, beliau sangat mengagumi kejayaan AirAsia menerajui penerbangan dengan penganugerahan di peringkat antarabangsa, serta yang terbaru pencapaian AirAsia menerbangkan 300 juta penumpang dalam tempoh masa 14 tahun!
Berita gembira untuk pelanggan AirAsia, anda berpeluang bertemu David Foster dengan mengikuti kempen eksklusif yang menampilkan beliau serta menyertai aktiviti yang disediakan, dan anda berpeluang menang peluang sekali seumur hidup bertemu David Foster di salah sebuah konsertnya!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman media sosial AirAsia di :
Facebook : www.facebook.com/AirAsia
Twitter : www.twitter.com/AirAsia
Tahniah AirAsia!
ada dgr ni kat radio :)
ReplyDelete