Assalamualaikum!
Pagi Sabtu yang indah, memang sesuai nak bawa anak-anak gi jenjalan di KLCC. So, bila aku dijemput untuk menyaksikan prebiu 'Miles from Tomorrowland' di Petrosains KLCC, memang aku teruja dan tak sabar nak bawa mereka sekali!
Plan asal memang kami sekeluarga nak pergi bersama, tapi last minit Pak Jelan diserang 'cherry berry' pulak! Pelik aku .. malam sebelum tu takda pulak dia makan nasi ke ape ke ...so, tinggal lah kami bertiga je pergi. Nak batalkan jemputan tak sampai hati pulak, sebab dah janji ngan anak-anak.
Kami sampai awal pagi tu, selesai mendaftar ada aktiviti yang tersedia menanti kanak-kanak sebelum tayangan dimulakan. Juga, ada hidangan jamuan ringan untuk ibubapa dan anak-anak!
Buat topeng muka dulu. Mira tu tunggu kakak dia je tolong buatkan hehe
Khusyuknya kakak mewarna
Dah siap topeng, gi serbu meja makanan pulak hehe. Mira senyum lebar tengok ada donut atas meja muehehehe :D
Kakak tolong amikkan nugget untuk si adik. Bila ditanya kenapa kakak taknak pakai topi macam adik tu, katanya dia malu hehe. Dah besar dah anak aku ....
Paling best tempat duduk dia! Sebelum tayangan bermula kami isi perut dulu dan Mira masih setia dengan topeng mukanya hehe
Ibubapa bersama anak masing-masing mula memenuhi ruang dan sedia mengambil tempat duduk
Sebelum tayangan prebiu 'Miles from Tomorrowland' bermula, sedikit penerangan ringkas diberikan oleh pengacara majlis. 'Miles from Tomorrowland' adalah program terbaru oleh Disney Junior mengenai pengembaraan antara galaksi. Program untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains melalui misi pengembara muda, Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.
Yang menariknya, kami yang hadir adalah antara kelompok terawal yang berpeluang menyaksikan prebiu tersebut. Untuk makluman juga, tayangan prebiu ini adalah kerjasama antara Disney Junior dan juga Petrosains KLCC.
Keluarga Callisto terdiri dari ibunya yang juga Kapten kapal, Phoebe. Ayahnya jurutera mekanik, Leo, kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik Miles iaitu Merc, 'robo-ostrich'.
Kisah pengembaraan sekeluarga ini menerokai galaksi yang dipenuhi dengan makhluk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi canggih yang aneh. Mereka akan membawa penonton mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan - ikatan kekeluargaan.
Sedikit sedutan menarik dari prebiu 'Miles from Tomorrowland' kelmarin. Kanak-kanak pasti sukakan keletah Miles yang lincah dan bijak! Sempena pelancaran siri ini juga, pencarian untuk 'Disney Junior's Space Adventurers' seluruh Asia Tenggara kini ingin mengajak kanak-kanak berusia 2-7 tahun untuk mencipta Starjetter mereka sendiri - kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas.
Korang juga boleh membawa keluarga mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan 'Miles from Tomorrowland'!
Bagaimana? - Ibubapa boleh melayari laman web Disneyjunior.asia dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menyediakan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang di hantar akan memenangi gelaran "Disney Junior's Space Adventurer" dan akan disiarkan di saluran ini.
Peraduan ini bermula dari 17 Julai sehingga 14 Ogos 2015.
So, korang jangan lupa saksikan siri pengembaraan penuh aksi Miles dan keluarganya menerokai galaksi setiap Isnin bermula 17 Ogos ini pada jam 9 pagi di Disney Channel 613.
Terima kasih Disney Junior dan Petrosains KLCC kerana menjemput kami untuk tayangan prebiu 'Miles from Tomorrowland'. Kakak dan adik memang terhibur menyaksikannya dan seronok melakukan aktiviti di sini. Lepas tayangan prebiu, kami dibawa pula meronda dalam Petrosains hehe.
Jangan ketinggalan menyaksikan 'Miles from Tomorrowland' bermula 17 Ogos ni tau. Dan, jangan lupa sertai peraduan yang aku sebutkan tadi! ^^
aktiviti keluarga yg menarik..... :D
ReplyDeletemenarik.
ReplyDeleteuntung dok kl, byk bleh join event.
kat melaka x brape byk yg boleh join :(
aida da gi petrosains.
anak2 dara da besar skit, nak ajak diorang lagi.
Bestnya dapat tonton prebiu...anak2 nad pun suka gi petrosains..
ReplyDeletesinggah syawal.
ReplyDelete