Assalamualaikum!
Hari Sabtu dah keluar seharian menemani ibu pergi food review. Jadi hari Ahad memang tak pergi mana dah lah. Plan nak kemas rumah dan masak dan rehat-rehat di atas sofa empuk. Tapi, bila anak dara yang sulung mengadu bosan .... mulala dia ligat nak cari idea nak buat sesuatu ..!
Bu ... boleh kakak gotong royong tak?
Gotong royong kat mana?
Bilik kakak adik la ....
Haa ... elok sangatla tu. Kemas ngan adik ...
Kakak nak vakum lepas tu .. boleh?
Haaa! itulah motif utama dia ... huahuaha. Nak pegang vakum kekdahnyaaaa tapi sebelum tu pancing ibu dengan ayat 'kemas bilik' hehe. Tengokkan mimik muka tu memang jelas kebosanan dah ... sebab nak turun bawah bermain, ibu tak benarkan. Tengah panas nak main apekajadahnya ... baiklah anak-anak duduk main dalam rumah saja.
hm..bagusnya bosan lepas tu kemas bilik..hrp nnti ank saya pun mcm ni
ReplyDeleteda nama nyer anak2 dara kan.
ReplyDeletekemas bilik sesuatu yg wajib la :)
drpd aktiviti elak bosan, jadi aktiviti wajib :)
Bagus kakak ngan adik ni..rajin tuu blh buat calon menantu ni hehehe
ReplyDelete