Assalamualaikum!
Kirimian perkongsian dari seorang sahabat yang sangat menarik dan penting isinya untuk dikongsi bersama di sini. Apakah boleh kita meninggalkan solat Asar dengan sengaja tanpa ada sebab-sebab tertentu? Apa pendapat ulama dan adakah terdapat khilaf dalam hal ini?
Hadis Sahih Bukhari:
Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim, dari Hisyam bin Abi 'Abdullah, dari Yahya bin Abi Katsir, dari Abdullah bin Zaid (Abu Qalibah), dari Amir bin Usamah, beliau berkata:
Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim, dari Hisyam bin Abi 'Abdullah, dari Yahya bin Abi Katsir, dari Abdullah bin Zaid (Abu Qalibah), dari Amir bin Usamah, beliau berkata:
"Kami pernah bersama Buraidah (bin Al Hashib bin 'Abdullah) pada satu peperangan saat cuaca mendung (hendak akhir waktu asar), lalu ia (Buraidah) berkata "Segeralah laksanakan solat Asar! Kerana Nabi sallallahu 'alaihi wassallam pernah bersabda:
"Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sungguh terhapuslah amalan-amalannya".
[Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, subKitab Waktu-waktu Solat, 9/356, hadis no. 520]
Hadis ini juga diriwayatkan dengan sedikit perbezaan pada jalur sanad oleh:
- Bukhari, dalam Sahihnya, hadis no. 559.
- an-Nasa'ie, dalam Sunannya, hadis no. 470.
- Ahmad, dalam Musnadnya, hadis no. 21879, 21881, 21948, 21967, 21970, 26220.
Terhapus amalan-amalan yang dimaksudkan itu, terjadi perselisihan di kalangan ulama dalam mentafsir maksudnya. Ada ulama yang mengatakan terhapus semua amalan yang dilakukan sejak dahulu lagi, kerana pada pandangan mereka (Mazhab Hanbali dan Maliki) mengatakan orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, TANPA uzur, atau tanpa sebab musafir, atau bukan sebab terlupa atau tertidur, maka orang itu telah kafir.
Manakala dalam mazhab Syafie, orang ini hanya fasiq, tidak kafir.
Manakala dalam mazhab Syafie, orang ini hanya fasiq, tidak kafir.
Namun ada ulama lain mengatakan amalan yang terhapus itu adalah amalan orang tersebut yang dilakukan sejak subuh sehingga asar yang ditinggalkannya itu, kerana pada kedua waktu ini, adalah waktu malaikat yang menjaga kita bertukar syif. Ulama-ulama ini mensandarkan kepada dalil hadis ini:
Dari Abdullah bin Yusuf, dari Malik bin Anas, dari Abdullah bin Dzakwan, dari Abdur Rahman bin Hurmuz, dari Abu Hurairah, bahawa:
Rasulullah saw bersabda "Para malaikat malam dan malaikat siang silih berganti mendatangi kalian. Dan mereka berkumpul saat solat Fajar (Subuh) dan solat Asar. Kemudian malaikat yang menjaga kalian naik hingga Allah Ta'ala bertanya kepada mereka, dan Allah lebih mengetahui keadaan mereka (para hambaNya), "Dalam keadaan bagaimana kalian tinggalkan hamba-hambaKu?". Para malaikat menjawab "Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mendirikan solat. Begitu juga saat kami mendatangi mereka, mereka sedang mendirikan solat"
[Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, subKitab Waktu-waktu Solat, 9/357, hadis no. 522, dan juga dalam sahih Muslim hadis no. 1001]
Hadis ini juga diriwayatkan dengan sedikit perbezaan pada jalur sanad oleh:
- Bukhari, dalam Sahihnya, hadis no. 2984, 6878, 6932.
- Ahmad, dalam Musnadnya, hadis no. 7178, 8787, 9918.
- Malik, dalam Muwatha'nya, hadis no. 373.
Wallahua'lam.
a very good reminder :) tq
ReplyDeleteNa'uzubillah
ReplyDeleteRadio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam