Breaking

Monday, September 07, 2015

Batik Painting @ KidZania


Assalamualaikum!




Tengah dok belek-belek gambar dalam iPad tu, terjumpa pulak gambar masa kat KidZania hari tu. Kemain alah malu yang pakai baju kotak-kotak tu ye hehehehe.

Dalam banyak-banyak aktiviti di sana, aku paling suka batik painting ni. Santai dan tenang mewarna bersama keluarga. Tak banyak aktiviti yang melibatkan ibubapa, so bila terjumpa gambar ni rasa macam seronok je terkenang saat-saat indah tu hehe :D




Time ni juga first time diaorang mencuba aktiviti mewarna batik ni. Memang dah tahu kakak dan adik suka bermain dengan warna, so memang tak sia-sia mencuba aktiviti ni. Budak lain dok berlari ke sana sini, kami dok relaks je mewarna kat dalam hehehe




Ibubapa pun boleh mencuba kemahiran mewarna batik bersama anak-anak.




Adik dulu siap hehe. Time ni adik nampak kecik la pulak. Cepat nau membesar ye dik ... hurmm..




Sebenarnya, bila dok belek-belek gambar masa kat KidZania aritu, teringat permintaan kakak nak pergi lawatan sekolah ke KidZania bulan 10 nanti. Tengok macam beria dia nak pergi, tapi lepas tu cakap tak jadi sebab takut mahal taknak susahkan ibu ayah.

Hurmm ... pagi tadi aku suh dia amik borang lawatan ke KidZania tu. Walaupun dah pernah pergi dengan ibuayah, tapi ibu tahu seronoknya tu mungkin tak sama kalau pergi ngan lawatan sekolah kan. Ibu tau la .... ibu pun dulu teringin nak ikut kalau ada lawatan sekolah. Memang seronoknya lain kalau pergi ikut cikgu ni. Tambah ada kengkawan ... lagi terujanya lebih!

InsyaAllah kak ... :)


2 comments:

  1. wah..cantik kakak punya..ada seni..:)

    ReplyDelete
  2. kidzania...
    ntah bila la nak bwk anak2 aida ni :) hu hu hu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.