Assalamualaikum!
Macam rupa kat Cameron Highlands pun ada. Tapi sana diseliputi kabus tebal yang dingin dan mendamaikan. Yang ni .... bukan kabus tapi partikel² halus yang terapung di udara yang dinamakan JEREBU! Penyebab penyakit dan ketidakselesaan yang menganggu ketenteraman jiwa dan raga huhu...
Petang semalam semakin teruk! Pemandangan kabur di kawasan sekitar PJ sehingga me'nenggelam'kan kebanyakan bangunan dan perumahan di atas bukit. Gambar atas ni aku amik petang time nak amik kakak dari sekolah agama...
Federal Highway...kalau tak jem hari² itu tak sah kan. Yang tu gagah aku boleh 'telan' lagi, tapi pemandangan di depan pintu gerbang Selangor ni benar-benar mengejutkan!
Bangunan Menara 'rebung' TM dan sekitarnya 'lenyap' sama sekali dek jerebu. Parok ... Parok..!
Begitu juga jalan depan istana lama menghala ke Loke Yew ...
Di Bulatan Kg. Pandan ...
Ok lencong topik kejap, lori ni tak sepatutnya berada di atas jalan raya pada waktu sebegini betul tak? Bukankah dah disediakan waktu yang mereka dibenarkan masuk ke kawasan bandar? Kebelakangan ni memang banyak lori besar yang memandu di atas jalan raya tanpa mengira waktu. Makin besar kepala diaorg ni..!
Di Bulatan Kg. Pandan lagi...ada nampak KLCC?
Aku pun...
Parah...jerebu meng'ganas' di Malaysia! Pastikan korang amik langkah berjaga² sepanjang cuaca jerebu ni. Aku dengar di radio, Jab. Meteorologi menjangkakan keadaan jerebu akan pulih selepas 20hb ini kerana peralihan angin.
Sementara tu, pastikan korang terutamanya anak² korang minum air masak secukupnya dan pakai topeng muka ketika berapa di luar rumah. Kalau nak bawa anak² bermain di taman, aku nasihatkan tundakan dulu hajat tu buat sementara waktu.
jerebu sekarang dah semakin teruk kan anim...moga kita semua dilindungi...
ReplyDeletekat tempat akak pun berjerebu..kalau bangun pagi tu rasa macam duk kat CH je..berkabus...
ReplyDeleteni pun dah start gatal mata dengan sakit tekok...
Hari ni pun mkin teruk jerebu...
ReplyDeleteDisebab kan jerebu ni kondisi kesihatan boleh terganggu....
ReplyDeleteMakin teruk jerebu..bacaan dan seratus ke atas..hari jumaat baru 70++
ReplyDeleteipu di putrajaya semalam cecah 156... teruk !
ReplyDeletedone follow.
ReplyDeletemusim jerebu ni kene banyakkan minum air..cegah lebih baik dari merawat;)