Breaking

Saturday, September 26, 2015

Hari Pelancongan Sedunia 2015 - 1Billion Tourists, 1Billion Opportunities


Assalamualaikum!



Bersempena dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015, Malaysia melalui Kementerian Pelancongan & Kebudayaan serta Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) akan mengadakan pameran fotografi #Kolektif1, di mana sejumlah 78 keping gambar-gambar menarik yang diambil oleh 28 orang jurugambar profesional tempatan akan dipamerkan bermula dari 26 September sehingga 30 Oktober 2015.

Tema sambutan pada tahun ini ialah '1Billion Tourists, 1Billion Opportunities' mensasarkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan industri pelancongan serta sumbangannya dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi negara.

Selain itu, beberapa aktiviti menarik turut akan berlangsung di sambutan yang bakal diadakan di Burkina Faso, West Africa sepanjang tempoh tersebut, termasuk :

  • Fuji Global Photo Walk
  • Photography Talk
  • Hop on Hop off (HOHO) World Toursim Day 2015 Bus Launch
  • Media City Tour

Juga, adalah menjadi satu penghormatan buat negara terutama bersempena dengan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015, Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah dipilih sebagai Timbalan Presiden untuk  Persidangan Agung UNWTO Ke-21, di Madellin, Colombia pada 16 September 2015.

Oleh itu, bagi menyatakan sokongan terhadap industri pelancongan tempatan selain untuk menghighlight tentang sambutan tersebut, orang ramai adalah digalakkan untuk memuat turun gambar-gambar menarik mereka melancong atau melawat di tempat pelancongan menarik dalam negara di media sosial serta letakkan hashtag #MYWorldTourismDay, #1billiontourists dan #WTD2015

So, korang yang bercadang hendak pergi bercuti di dalam negara ataupun baru saja balik bercuti bolehlah mula memuat turun gambar-gambar korang melawat tempat-tempat menarik dalam negara kita! 

Tentu ada banyak lokasi yang ingin korang kongsikan ...betul tak! :)




1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.