Assalamualaikum!
Hari yang paling dinanti-nantikan oleh kakak dan adik sempena cuti sekolah minggu lepas akhirnya tiba jua. Bersempena dengan sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung kalinya diadakan di Ground Floor Highstreet One Utama pada 26 September 2015, PLAY-DOH® membawakan persembahan menarik dan penuh warna warni sepanjang minggu dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga!
Bukan saja kami sekeluarga ingin memeriahkan acara sambutan Bulan PLAY-DOH® dan bermain PLAY-DOH® sepuasnya pada hari yang istimewa ini, tapi kami juga berpeluang menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia menyahut cabaran untuk menghasilkan beribu-ribu rekaan menggunakan PLAY-DOH® seterusnya mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Record!
Memang menarik ...!
Kami sampai awal pagi tu, so sementara menunggu giliran untuk masuk ke ruang aktiviti kami jalan-jalan 'cuci mata' melihat pameran jualan PLAY-DOH®. Untuk makluman korang, selain aktiviti merekabentuk arca dan belajar buat cupcake dengan PLAY-DOH®, terdapat pelbagai jenis set permainan PLAY-DOH® yang menarik yang turut dijual di sini!
Nak yang ni ibuuuuuuuuuu ....:)
Yang ni sekali ... sayangggg ibuuuuuuuuuu!
Aktiviti kami yang pertama pada pagi itu ialah sesi mencuba set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl & Scoop Ice Cream baru di Sweet Shoppe istimewa!
Kakak dan adik serta kanak-kanak lain memang dah teruja bila pertama kali tengok set permainan cupcake ni. Masing-masing dah tak sabar nak 'membuat' cupcake sendiri menggunakan PLAY-DOH® pelbagai warna! Kelas ini turut dibantu oleh Mr Cupcake (berbaju kuning) yang menunjukkan cara-cara bagaimana membuatnya.
Keriangan dan semangat jelas terpancar di wajah kanak-kanak sepanjang aktiviti di sini. Dengan PLAY-DOH®, kreativiti kanak-kanak akan menjadi lebih berkembang serta boleh diolah dengan pelbagai cara melalui pilihan warna dan peralatan untuk menghasilkan bentuk yang diingini.
Ini akan memberi kebebasan kepada mereka untuk mencipta sesuatu yang lahir dari pemikiran dan imaginasi, samada ia berbentuk ikon makanan dan buah-buahan tempatan popular, mercu tanda negara yang terkenal, pakaian dan kebudayaan Malaysia serta banyak lagi yang boleh ditampilkan sepanjang roadshow Bulan PLAY-DOH® sejak 21 September lalu.
Walaupun Mira agak gementar kerana ibu tak duduk di sebelah, tapi Mira berjaya membuktikan yang dia juga boleh buat! Yeaaaa ...! :)
Melilau-lilau mata si Mira hehe :)
Yeaaa! cupcake kakak dah siapppp!
Nak tengok macam mana kakak buat?:D
Wowwww! ibu tengok dari jauh rasa macam nak masuk join sama main benda ni hehehe :D
Inilah cupcake kami! Lepas ni kami boleh buka kedai cupcake dan ibu tak perlu pergi kerja, hanya jaga kedai je hehehe :D
Dah habis kelas cupcake di Sweet Shoppe, kami teruskan aktiviti kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung pada hari itu iaitu membina sebanyak mana arca yang boleh yang melambangkan Malaysia! Yang pasti, kami akan bermain dengan lebih banyak warna-warna ceria menggunakan PLAY-DOH® dan menyerlahkan kreativiti serta imaginasi kakak dan adik ke dalam bentuk yang menarik!
Wowweeeeeeeeee! :D
Aku turut sempat mengambil gambar suasana kemeriahan di event sambutan PLAY-DOH® yang turut sesak menerima kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus sejak dari awal pagi untuk sama-sama menceriakan majlis dan mencipta rekod Malaysia bersama PLAY-DOH®.
Inilah semangat ceria warna-warni yang kita mahukan dari rakyat Malaysia! ^^
Ok kakak dan adik, kita kena buat bentuk yang menarik ok! Hari tu ibu dah ajarkan beberapa teknik mudah untuk kakak dan adik buat bentuk ... so hari ni, kita akan sama-sama buat bentuk yang kreatif ok! ^^
Apa yang kakak fikirkan bila kakak sebut Malaysia ?
Penyu ...
Ok la ... kakak buat penyu
Adik pulak nak bentuk apa?
Adik nak buat bola ...
Hahaha ok la bola pun bola la ....
Walaupun ramai sangat orang dah time ni,
tapi kami masih taknak tinggalkan meja Play-Doh ni hehehe
Inilah hasil tangan kami dengan PLAY-DOH®! Ibu buat ladybird dengan daun dan logo Merdeka Malaysia, kakak buat bunga ros, penyu dan beg tangan sementara Mira buat .... UFO?? hahahaha :p
Bila dah siap, kami hantarkan ke kaunter untuk semakan sebelum semua arca ini diletakkan di rak khas PLAY-DOH untuk cabaran cipta rekod Malaysia. Bukan itu saja, kami juga dapat goodies bag berisi PLAY-DOH® dan sijil penyertaan!
Hou yeaaaaaa! ^^
Antara rekaan PLAY-DOH® yang menarik dan berwarna-warni yang telah siap dan sedia untuk ditanda nombor sebelum diletakkan di atas pentas khas PLAY-DOH®
Ternyata rakyat Malaysia memang kreatif dan penuh dengan imaginasi kan! Macam-macam adaaaaaaa, dari keunikan makanan ke kemeriahan perayaan mengikut kaum dan permainan tradisional tempatan sehingga ke kepelbagaian haiwan!
Malaysiaku memang CERIA! ^^
Sijil penyertaan PLAY-DOH®
Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi dalam pelbagai warna dan kreativiti demi menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia. Bagi mencatat nama dalam The Malaysia Book of Record, sebanyak 1500 arca pelbagai rekabentuk ceria dan berwarna-warni perlu dihasilkan dalam masa sehari!
Wowww ... banyak tu kan!
Dan, akhirnya keputusan telahpun diperolehi .....
(Right) Ms Evelyn Hah, Country Manager of Hasbro Toy Malaysia & Singapore unveils the final number of sculptures with Ms Lee Pooi Leng, The Malaysia Book of Records Official, witnessed by Doh Doh, Play-Doh's beloved official mascot!
Tercatatnya sejarah di dalam The Malaysia Book of Record apabila PLAY-DOH® berjaya merekodkan 1899 rekaan terbanyak yang dihasilkan dalam masa sehari! TAHNIAHHHHHHH!!!!
Pada hari itu juga, turut diumumkan pemenang bagi Ukiran Paling Kreatif dalam 2 kategori :
- Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun)
- Ukiran PLAY-DOH® terbaik (13 tahun dan ke atas)
Tahniah diucapkan pada adik Aina Qistina (7 tahun) & En. Alvin Teoh (36 tahun)! Masing-masing membawa pulang hadiah set permainan ekslusif dari PLAY-DOH®! Nak tahu apa yang mereka berdua hasilkan dengan PLAY-DOH® pada hari tu?
Comel kan!!
Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan dalam laman web PLAY-DOH®!
Terima kasih PLAY-DOH® kerana memberikan keseronokan berganda buat kami sekeluarga sepanjang berlangsungnya sambutan Bulan PLAY-DOH® di One Utama kelmarin. Selain aktiviti menarik dan peluang untuk bermain dan mencuba set permainan baru dari PLAY-DOH®, kami sekeluarga sangat gembira meluangkan masa bersama-sama di sini bermain dan mencipta sesuatu yang kreatif menggunakan imaginasi yang tiada batasnya!
Apa yang penting, aku dapat lihat semangat bekerjasama antara mereka berdua terserlah dan masing-masing ingin menunjukkan kebolehan mencipta sesuatu yang baru. Sememangnya PLAY-DOH® adalah alat pembelajaran dan kreativiti yang mampu merangsang minda kanak-kanak untuk lebih berinovasi!
Selamat menyambut Bulan PLAY-DOH® diucapkan dan TAHNIAH buat PLAY-DOH® kerana berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Record!
^^
#playdohmonth2015
meriahnya akak...http://jmbelog.blogspot.my/2015/09/segmen-jom-tambah-follower.html
ReplyDeleteSuka main benda ni dulu msa kecil2.. Besttt sangatttt
ReplyDeletebestnya main playdoh!
ReplyDeleteQhaliff mesti suka main ni.
ReplyDeleteCreative nya play doh dorang buat. Cntik..
ReplyDeleteWahhh..bestnyeee
ReplyDeletewahhh seronoknya!
ReplyDeletemesti anak² enjoy sangat..
Wah menariknya..siap dapat sijil penyertaan lagi..
ReplyDeletesentiasa cuba menjarakkan diri dari terserempak ngan produk playdoh....tapi sekali buat offer omak pun tak tahan nak beli....hehehe....
ReplyDeletekreativiti campur imaginasi...hasil pasti superb...
Arissa selalu suruh mak dia beli buat tambah yg ad kat umah. Tapi, Arissa blm pandai lagi. Yang ada d rumah dia gentel potong halus2 je. Haha. Tapi xpe. Sikit lagi dah boleh berkreativiti inshaAllah. Boleh tambah koleksi.
ReplyDelete