Assalamualaikum!
Sejak bila .... ? Sejak aku terjumpa album setem lama milik abang aku ketika sedang mengemas bilik dia dulu. Aku tak tahu pun abang aku tu sebenarnya pengumpul setem! Nampak luaran ganas .... suka karate anak orang hehehe. Layan pun lagu ganas ... pakai jeans koyak dengan tshirt gambar tengkorak. Faham-faham je la remaja tahun 80an-90an, tapi rupanya .... dia suka kumpul setem! hehe.
Aku buka album setem dia .. aku semakin khusyuk dan tertarik dengan koleksi setem yang dia ada. Semuanya setem lama yang aku tak pernah tengok sebelum ni. Menurut mak, abang aku tu memang hobinya suka kumpul setem .... duluuuuu zaman sekolah rendah dan menengah! Siap ada kawan dari luar negeri lagi yang sanggup bertukar-tukar setem.
Sejak dari hari tu, aku nekad sambung 'legasi' hobi abang aku! ngeeee :D
Aku pun tak sangka aku akan suka pada setem hehe. Nak kata minat sejak kecil itu tidak la ... tapi semuanya berpunca dari album setem lama abang aku. Aku takda hobi khusus masa kecil-kecil dulu. Yang aku tahu, aku suka main kat padang berlari-lari sana sini ngan kengkawan. Bab kumpul mengumpul ni memang aku payah sikit hehe ...
Lama-lama aku semakin suka dan jadi ketagih dengan setem. 'Bazar' setem kat Pos Besar Malaysia, dan di sanalah aku akan menapak setiap pagi hari Sabtu untuk belek sepuas-puasnya koleksi setem yang ada dijual di sana. Yang nak dicop? yang taknak dicop? setem dalam negeri? luar negeri? semua adaaaa ... cuma perlu bawa duit je hehe ...
Tidak seperti abang aku yang ada kawan dari luar negara yang boleh bertukar-tukar setem, aku hanya mengumpulnya untuk sendiri dan suka-suka sambil mengisi masa lapang. Tapi, aku tak puas dengan hanya dapat setem melalui sampul surat aje. So, aku gi sendiri ke Pos Besar Malaysia dan jadi ahli setem & filateli secara rasminya. So, tiap-tiap bulan atau bila ada setem baru ... mereka akan hantar padaku hehe ...
Aku tak tahu la samada ini obses atau tidak, tapi pernah satu ketika dulu aku memang 'gila' melepak kat Pos Besar Malaysia tu semata-mata nak tengok dan beli setem! Setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga (kalau tak silap aku la), aku akan curi-curi guna kereta abah (masa tu baru dapat lesen haha!) dan pecut terus ke sana ... seawal jam 8pagi! Ada satu hari tu, aku kantoi terguna kereta lama sangat ... sampai abah marah-marah dalam telefon suruh balik cepat sebab helmet dia dok dalam bonet kereta ... hahaha!
Adehh ....
Bila ko dah ralit membelek setem kat sana, jangan harapla ko nak balik cepat! hehe. Aku memang boleh tak makan tak main kalau ngadap setem dulu. Orang kata 'cuci mata' kekdahnya ... tak dapat beli takpe, janji dapat tengok hehe
Tapi kalau dapat koleksi setem yang aku memang berkenan ... perghhh nikmatnya tak boleh digambarkan! Makin bersemangat aku nak menambah koleksi lagi hehe....
Dan hobi ini berlarutan sampai aku dipindahkan ke Kuantan. Duduk di negeri orang, memang kena ada hobi sendiri untuk mengisi masa lapang. Nak gi umah pak sedara mak sedara takda pulak yang tinggal berdekatan. So, aku habiskan masa dengan kumpul setem je la huhu ...
Nikmat kumpul setem ni hanya yang ahlinya saja yang tahu ..... betul dop? hehe. Selain dapat mengenali kebudayaan dan negara orang, aku dapat belajar tentang nama lama sesebuah negara. Kagum aku tengok betapa gigihnya abang aku yang brutal tu dulu mengumpul setem hehe. Tak tahulah samada nak turunkan hobi ni ke kakak dan adik atau tidak. Aku takmo paksa diaorang .... dan juga takmo setem kesayangan aku ni 'hilang' tanpa dikesan ...hahaha.
Faham kan maksud aku ...? :D
Faham kan maksud aku ...? :D
akak, sally nak tanya...akak guna album macam mana ye nak simpan..? sebab sally ada jugak setem...tapi tak tau nak simpan camne supaya tak rosak...
ReplyDeleteskrg sally tgh kumpul poskad...nasib la ramai kawan kaki travel :)
akak beli album khas untuk setem yang biasa tu je Sally. Tapi jangan beli kulit nipis, beli yang tebal. Selain tu, akak letak dalam laci je. Jangan letak dalam kotak atau dalam almari kayu. Akak tak tau penjagaan yang khusus tapi setakat ni alhamdulillah setem masih dalam keadaaan elok lagi walaupun dah berpuluh-puluh tahun :)
Deleterajinnyaaaa...kita suka kumpul keychain tapi sekejap je,sekarang hobi kita kumpul buku,cita-cita nak bukak librarydan kedai buku hahahah doakan ye...
ReplyDeletewahhhh bagussss cita-cita tu ... insyaAllah moga tercapai impian dan dipermudahkan jalannya. Boleh Anim pinjam buku selalu kan hehehe :D
Deletekak, saya minat jugak kumpul setem..start dari sekolah rendah..saya ada 3 buah buku setem..tapi paling sedih 2 tahun lepas habis semua buku setem sy kena makan dgn anai²..sedih giler..tapi skrg dh mula start balik kumpul sikit² sejak masuk kerja...nk tny? mcm mana nk jd ahli setem tu? hehe
ReplyDeletewahh banyak dah tu koleksi. Saya cuma ada satu album je, yang lain-lain dok dalam sampul surat hehe. Masa saya dulu, saya gi Pos Besar Malaysia isi borang jadi ahli filateli. Tak tau la sekarang macam mana prosedur dia. Munggkin Mime boleh tengok kat website Pos Malaysia :)
DeleteTinggi nilai stem tu suatu masa nanti, so kena jaga elok-elok kalau tak sayang hilang atau dimakan bubuk..
ReplyDeleteInsyaAllah PCL, memang jaga sokmo setem-setem ni. Kenangan dan nilai sejarah yang tinggi bagi setiap keping setem :)
DeleteCantik dan Macam-macam design...
DeletePsst: kak boleh tak setting blog akk mobile friendly... Susah sikit nak komen dan blogwalking bila guna mobile... Huhu
Nak tanya macam mana nk balut setem tu?
ReplyDeletesaya tak balut. Saya hanya letak dalam buku setem khas je
DeleteBoleh tak saya nk pos suratan atau poskad ke akak boleh kita bertukar setem baru nk mula hobi yg dh berpuluh tahun di lupakan..😅😅 boleh hubungi saya di email..
ReplyDeleteAlamakkk...akak dah lama tak sambung hobi setem. Album pon kena cari balik kat kampung :)
Delete