Breaking

Wednesday, October 28, 2015

Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Awal November


Assalamualaikum!



Perasan tak sejak dua hari lepas, hujan lebat berlaku pada waktu petang? Itu adalah disebabkan negara kita sedang mengalami peralihan monsun yang bermula dari 20 September sehingga hujung bulan Oktober, sebelum memasuki fasa sebenar Monsun Timur Laut. 

MetMalaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasminya semalam dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi musim tengkujuh tak lama lagi.





Episod jerebu dah habis, datang pulak episod hujan lebat yang mungkin boleh mengakibatkan banjir di negeri-negeri terlibat, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung. Keluarga yang duduk di kawasan yang biasa terjejas oleh banjir tu, tolong berhati-hati dan ambil langkah sepatutnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dan, tolong ... jangan percaya khabar angin yang tak jelas akan kesahihannya. Jangan dok suka share mesej berantai atau lampiran kenyataan media yang kononnya dari jabatan kajicuaca samada melalui WhatsApp atau di FB. Jangan dok kata banjir besar kali pertama ke kali kedua ke kali ketiga adalah petanda DUNIA NAK KIAMAT! 

Tolong jangan sesuka hati mempercayai sesuatu berita tanpa asas yang kukuh! 

Selalulah semak dengan MetMalaysia yang sentiasa memantau keadaan cuaca. Tak jelas sila telefon, tak jelas sila pergi laman web mereka di www.met.gov.my 

Berhati-hati selalu, moga Allah permudahkan segala kesulitan ini ...

6 comments:

  1. subuh tadi kakak duk kat kampung mengadu semalam hujan lebat sangat kat kelantan.. takut katanya..

    ReplyDelete
  2. Tq info..lega jugak hujan cmni sebenarnya...blh hilangkan jerebu

    ReplyDelete
  3. Org pantai timur khususnya memang dah biasa dgn musim tengkujuh dan banjir ni kan..mereka lebih maklum. Tapi kena la berhati-hati dan beringat selalu..bahaya bermain dgn air banjir.

    ReplyDelete
  4. Harap sangat musim tengkujuh ni tak banjir besar mcm dulu2...risau plak lepas satu satu yang datang...berdoa moga Allah bg yg baik2 ye kan hanim

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah melindungi penduduk pantai timur

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah melindungi kita semua umat Islam di bumi Malaysia ini..
    Banjir boleh berlaku dimana-mana sahaja.. Kena sentiasa bersedia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.