Breaking

Thursday, December 03, 2015

Benarkah Dah Takda Duit??


Assalamualaikum!


Perghhh terkena aku hari ni! Rupanya tambang LRT dah pun berubah harga bermula semalam. Hari Selasa (1 Disember 2015) aritu, tambang LRT dari Dato' Keramat ke Taman Jaya hanya RM2.30, tapi pagi tadi dah naik jadi RM3.70! Kenaikan sehingga RM1.40 tuuuuu! 

Tu pasal aku pelik, pasaipa baki syiling yang jatuh kat bawa mesin tu hanya RM1.30 sedangkan aku masukkan not RM5 sekeping dan harga kat skrin masih RM2.30? Rupanya diaorang tak update lagi harga kat mesin token tu ... perghhh! Mencekik sungguh!!!





Baru je aku nak berjinak-jinak semula naik pengangkutan awam ke opis sempena cuti sekolah ni. Mana boleh tahan hari-hari nak memandu dari KL ke Selangor dengan keadaaan trafik yang teruk macam entah apa-apa tu! Sekurang-kurangnya, bila aku naik LRT aku dah boleh jimat masa dan duit kat situ. 

Semalam bila kecoh tambang ERL diumumkan kenaikannya yang bagi aku sangat tak patut, ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial. Kalau kenaikan tambang LRT macam ni pun orang ramai dah merungut, ko bayangkan tambang ERL yang naik sampai RM20 tu .... macam mana diaorang nak survive hari-hari??? 

Tak mustahil ramai orang bekerja di bandar ni akan jadi gila gara-gara terlalu sibuk cari duit kerana semua harga barang yang tak pernah turun dan kini kos pengangkutan awam yang 'menghimpit' mereka setiap hari!

Sampai bila ... sampai bila nak jadi begini??? Masih nak puji lagi ke? Tepuk dahi aku kalau jumpa orang macam ni....! >.<

5 comments:

  1. Dulu kita pillih public transport sebab nak jimat..tp rasanya sekarang ni kena pilih naik kereta bersama2 rakan sekerja utk lebih jimat.. tp kena pool car la...

    Giler..x muhasabah..dah lah kena berebut plak tu kan

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...

    mselim3 pun pening .. harga makan, minum, pengangkutan awam.. seperti teksi bas, monorail dan LRT semua naik... aper yang turun...

    mselim3

    ReplyDelete
  3. sedihla naik kete tol mahai.. naik public transport pon mahai.. hai lah

    ReplyDelete
  4. memang terase sangat kenaikan tambang kali ni.. :(

    ReplyDelete
  5. kos kehidupan makin meningkat...huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.