Assalamualaikum!
Baru-baru ni aku berkesempatan hadir ke forum keibubapaan yang dianjurkan oleh Positive Parenting yang berkolaborasi dengan KidZania Kuala Lumpur untuk berkongsi tips dan ilmu mengenai bagaimana mewujudkan persekitaran yang positif untuk anak membesar dan bagaimana ibubapa boleh menjayakan peranan mereka.
Forum keibubapaan ini berlangsung selama dua hari bermula 5 Disember sehingga 6 Disember 2015. Topik yang diketengahkan juga agak menarik perhatian, so dah tentu aku tak mahu lepaskan peluang macam ni kan. Apatah lagi, aku bukan jenis yang suka duduk mendengar orang lain bercakap berjam-jam hehe tapi kali ni aku bagi pengecualian dengan satu misi iaitu untuk tambah ilmu!
Forum keibubapaan ini berlangsung selama dua hari bermula 5 Disember sehingga 6 Disember 2015. Topik yang diketengahkan juga agak menarik perhatian, so dah tentu aku tak mahu lepaskan peluang macam ni kan. Apatah lagi, aku bukan jenis yang suka duduk mendengar orang lain bercakap berjam-jam hehe tapi kali ni aku bagi pengecualian dengan satu misi iaitu untuk tambah ilmu!
Aku pilih untuk hadir pada hari Sabtu, sebab hari Ahad Pak Jelan ada program lain. Sepanjang cuti sekolah ni, dia lah yang menjaga anak-anak dikala aku pergi bekerja. Amik cuti panjang sempena ujung tahun katanya. Jadi, hari Sabtu & Ahad je la yang dia ada masa untuk berehat dan untuk diri sendiri pun, tu yang aku bawa juga kakak dan adik bersama hari tu. Tapi yang bestnya, kakak dan adik dapat luangkan masa main dalam KidZania, sementara aku dan ibu-ibu lain berforum di dalam tu huhu ...
Dua beradik yang eksaited nak 'bekerja' dalam KidZania!
Untuk sesi yang pertama, forum dimulakan dengan topik "Using Positivity in Parenting" yang disampaikan oleh En. Alexius Cheang, Pakar Psikologi Perilaku dari Universiti Perubatan Antarabangsa.
Dalam sesinya, beliau menekankan betapa emosi yang positif mampu meluaskan daya pemikiran dan kesedaran terhadap tindakan yang diambil seseorang. Contohnya, kita akan lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau ingin menyampaikan buah fikiran. Tapi, kalau kita marah-marah atau mewujudkan tekanan atau negativiti, ia akan mempengaruhi emosi kita dan orang disekeliling terutamanya anak-anak.
Ibubapa yang mampu mewujudkan emosi positif menunjukkan :
Sebab itu, ibubapa digalakkan untuk meningkatan nisbah positiviti atau positivity ratio dalam diri dan untuk itu, ada satu test yang ibubapa boleh ambil di laman web www.positivityratio.com untuk mengetahui berapakah tahap positivity ratio yang kita ada hehe.
Ibubapa yang mampu mewujudkan emosi positif menunjukkan :
- tahap peningkatan kreativiti yang baik
- daya cipta yang tinggi
- fokus "big picture"
Sebab itu, ibubapa digalakkan untuk meningkatan nisbah positiviti atau positivity ratio dalam diri dan untuk itu, ada satu test yang ibubapa boleh ambil di laman web www.positivityratio.com untuk mengetahui berapakah tahap positivity ratio yang kita ada hehe.
Maksimumkan Interaksi
Setiap hari pasti akan ada interaksi kita bersama anak-anak atau pasangan. Mereka akan bercerita tentang peristiwa yang berlaku pada hari tu atau apa yang mereka pelajari di sekolah.
Macam aku sendiri, kakak dan adik memang akan bercerita tentang apa saja yang mereka lalui di sekolah setiap hari hehe. Tapi, pernah tak kita terfikir respon yang bagaimana kita berikan pada anak-anak setiap kali mereka bercerita tentang sesuatu? Ye la, kadang-kadang tak dinafikan bila anak-anak bercerita tu, kita mungkin tengah baca mesej WhatsApp atau sedang berbual dengan pasangan atau sedang mendengar berita penting di radio. Bila kita suruh diaorang berhenti sekejap untuk dengar benda lain yang lebih 'penting', itu sebenarnya adalah interaksi yang tidak sihat!
Korang tahu tak, dengan memaksimakan interaksi sesama ahli keluarga, ia boleh meningkatkan kesan positviti dalam diri anak-anak mahupun pasangan korang?
Macam mana? ..... RESPON PADA SETIAP INTERAKSI!
Ada masanya bila kita penat baru balik dari pejabat, kita perlukan rehat dan keadaan yang tenang sebelum kita memulakan tugas di rumah. Dan pada ketika itulah, anak-anak akan datang dengan pelbagai cerita atau masalah yang ingin dikongsi bersama kita.
Di sinilah kita perlu memainkan peranan sebagai ibubapa yang responsif terhadap anak-anak, dengar apa yang mereka cuba luahkan dan berikan sokongan yang mereka perlukan. Mungkin ada benarnya bila En. Alexius Cheang mengatakan kadang-kadang mendengar dan memahami itu lebih penting berbanding cuba untuk menyelesaikan.
Dalam mewujudkan persekitaran yang positif untuk anak-anak, ibubapa perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Keyakinan anak-anak akan mula terbentuk apabila kita mula mendengar dan respon terhadap permasalahan mereka.
Dalam sesi ini, beliau turut menerangkan terdapat 4 jenis respon :
Nak terangkan satu satu, memang panjangla penerangannya hehe. Cukupla korang tahu jenis respon yang baik adalah Active-Constructive Responding.
Perasan tak kadang-kadang bila kita berbual dengan anak-anak atau pasangan, kita memberikan respon yang membina atau menghancurkan? Contohnya, anak kita bagitau dia dapat nombor 3 dalam kelas, apakah respon yang sepatutnya kita sebagai ibubapa berikan pada anak?
- Active-Constructive Responding (bagus)
- Active-Destructive Responding (tak bagus)
- Passive-Constructive Responding (tak bagus)
- Passive-Destructive Responding (tak bagus)
Nak terangkan satu satu, memang panjangla penerangannya hehe. Cukupla korang tahu jenis respon yang baik adalah Active-Constructive Responding.
Perasan tak kadang-kadang bila kita berbual dengan anak-anak atau pasangan, kita memberikan respon yang membina atau menghancurkan? Contohnya, anak kita bagitau dia dapat nombor 3 dalam kelas, apakah respon yang sepatutnya kita sebagai ibubapa berikan pada anak?
a) Tahniah sayang! ibu tahu sayang boleh lakukannya!
(Active-Constructive Responding)
ATAU
b) Hurmm ... nombor 3 je? naper tak boleh dapat nombor 1?
(Active-Destructive Responding)
Yang mana satukah kita?
Sesi kedua diteruskan dengan tajuk "Respectful Parents, Respectful Children" yang disampaikan oleh Dr. Aisha Z. Abdullah. Topik ini mengupas tentang bagaimana ibubapa boleh membina kepercayaan terhadap keupayaan dan kebolehan anak-anak mereka berdikari dalam apa jua aktiviti yang dilakukan.
Kanak-kanak boleh diumpamakan seperti span lembut. Mereka mampu menyerap apa sahaja ilmu baru yang diajarkan di sekeliling mereka samada melalui sentuhan atau pemerhatian. Dari situ timbul perasaan ingin tahu tentang apa yang berlaku di sekitar mereka, seterusnya mendorong untuk mencuba melakukannya.
Memang .. sebagai ibubapa, kadangkala kita sukar nak 'lepaskan' mereka buat itu dan ini kan, tapi di forum ni aku baru faham sebenarnya kita juga perlu menghormati keinginan mereka untuk bebas melakukan aktiviti yang mereka suka. Kerana pada peringkat usia inilah, mereka mempunyai keupayaan dan tenaga untuk belajar benda baru dan kita perlu berikan ruang, peluang serta kepercayaan untuk mereka melakukannya.
Berikan anak-anak kebebasan untuk membuat keputusan dan bertindak sendiri dalam aktiviti yang mereka lakukan. Di samping itu, sebagai ibubapa kita juga menyediakan persekitaran yang kondusif dan alatan yang mesra kanak-kanak dan selamat digunakan. InsyaAllah, anak-anak kita akan menunjukkan kebolehan untuk berdikari, berdisplin dan mampu meningkatkan kreativiti secara spontan!
Hurm ... banyak ilmu yang aku pelajari hari tu. Perkongsian tips dari pakar keluarga dan kanak-kanak ini memang membuka hati dan mata aku untuk memberi lebih ruang dan peluang pada kakak dan adik membuat keputusan sendiri. Tapi opkos la, ia bergantung kepada situasi yang macam mana! Bagi aku, asalkan ia tidak melampaui batas yang sepatutnya maka tiada masalah untuk aku membiarkan mereka...
Terima kasih KidZania Kuala Lumpur dan Positive Parenting untuk forum yang bermanfaat ini. Moga akan ada lebih banyak lagi majlis-majlis ilmu sebegini untuk ibubapa di luar sana pada masa akan datang.
(^^)
terbaik
ReplyDelete