Breaking

Wednesday, December 09, 2015

Luang Masa Cuti Sekolah Di KidZania Kuala Lumpur!


Assalamualaikum!


Cuti sekolah kali ni kakak dan adik berpeluang kembali ke KidZania Kuala Lumpur meluangkan masa bersama kerana kebetulan ibu dijemput untuk hadir ke forum keibubapaan di sana. Kami sekeluarga pula tak kemana-mana sepanjang cuti ni, so memang peluang yang baik untuk kakak dan adik berseronok selagi sekolah belum dibuka.

Tapi takda la nak berseronok doplohpatjam sampai tak tengok buku. Ini hanya sebahagian dari aktiviti yang tak dirancang sebenarnya .... kebetulan. Kakak dan adik pula dah besar panjang, senang sikit nak helon ke sana sini hehe ....




Kakak masih malu malu nak bergambar walaupun dengan adik sendiri. Memang malu tahap gaban budak ni, dan bukan jenis mesra kamera hehe. Sebab tu gambar adik dia lebih banyak dari gambar dia dalam phone ibu dan di Instagram. Ye la ... dah besar dah tahu malu. Ibu pun takdala nak paksa sangat bergambar.

Tapi tau pulak sentap kalau kita dok asyik amik gambar adik dia tu hehe. Tau pulak jeles ... dah ibu suruh awak senyum nak amik gambar awak takmo. Adik awak je la yang berani senyum walau tak nampak gigi depannya hehehe. 

First job at KidZania ....





Sebelum ni tak pernah merasa lagi kerja dalam kilang susu hehe. So, hari tu ibu cakap why not give it a try? Untung untung dapat seorang satu vitagen ekekeke. Lagipun kakak dan adik terutama adik suka sangat minum vitagen kan, so bolehlah dapat sikit ilmu bagaimana buat air vitagen tu.







Next, kakak masuk sekolah memasak. Haa ni memang feveret kakak ni, biasa kat umah habis periuk ibu dibuatnya main masak-masak. Kat sini, takda sapa nak marah atau larang kakak dan adik main sebab itulah tujuannya, untuk keseronokan dan pembelajaran. Tapi kakak je la sorang yang masuk, adik takmo pulak. 




Anak dara yang segan hehe. Time ni ibu dah nak masuk dengar orang berforum, so kakak dan adik ibu berikan kebebasan untuk berseronok dan merasai semua jenis pekerjaan sementara ibu kat dalam. Banyak kali ibu pesan, nak pergi ke mana pun mesti berdua. Kakak jangan tinggal adik dan sebaliknya. Ni pertama kali ibu tinggalkan kejap, sebab kalau kakak dan adik ikut sekali, nanti takut boring untuk kanak-kanak. So, main je la sepuasnya asalkan pandai bawa diri .....

So, sementara ibu berforum di dalam adik sempat cuba Poslaju. Nak hantar barang katanya hehehe. Yang kakak takmo jadi penghantar barang, so adik je la sengsorang ....

Pas forum tamat, ibu jumpa kakak ....




.... kat Marrybrown tengah buat burger! Tiap kali datang KidZania memang takkan miss Marrybrown ni hehe. Seronok buat burger katanya, pastu boleh makan! hahaha ....

Tapi kakak je sorang masuk, adik tunggu di luar. 





Tengok dari luar best ni! Jom try keje kat pasaraya Z.Mart!


Akak akak cashier sedia berkhidmat!


Kemain eksaited diaorang main kat dalam Z.Mart ni. Pertama kali masuk, dua-dua jadi cashier, kali kedua masuk dua-dua jadi customer hehe. Memula adik tak puas hati sebab kakak je yang dapat scan barang-barang tu. Urut dada ibu tengok dari luar haha .... 







Keje kat salon kecantikan pulak .... 




Ada manicure, pedicure, jadi tukang solek dan lain-lain. Kakak dan adik pilih untuk jadi tukang solek sebab takut kalau pakai pewarna kuku tu tak boleh bawa solat kang hehe. Adehhhh ... tu main-main je la sayanggggg, tapi still diaorang taknak. Lagipun jadi tukang solek boleh dapat 'gaji' hehe ....

Ikut suka korang laaaaaa :D



Mula-mula kakak solek adik ...





Takyah diajar, memang diaorang dah tahu mana satu nak sapu kat muka, mana nak ditenyeh kat bulu kening, mana nak digosok kat pipi hahaha. Ibu kagum tengok sambil geleng kepala muahahaha. Tak sia-sia selama ni diaorang tenyeh lisptick ibu, main bedak bedak tacap muka sendiri hehehe. 



Muka ada senyummmm .... puas hati la kakak makeup lawa tu hehe :D



Turn adik makeup kakak pulak ....



Lagak macam profesional tu! Tak padan yang kecik, tahu je mana nak disapu kat muka kakak dia hehehe. Ibu tak boleh cari makan la pasni :p




Cari gelang kat sini ... hehe





Suka dapat gelang sorang satu :)



Aduhh .... termenung pulak anak dara ni kat tengah jalan hehe.


Lepas Poslaju, dia bantai main jadi pengutip barang kat CIMB Bank pulak. Suka tolak troli katanya hahaha, ye laaaa moh le ibu temankan. Kakak masa ni kat dalam Karatz Jewellery so boleh lah ibu tengok macam mana adik kutip barang.

Ada masa boleh main dengan partners, means ada budak-budak lain yang join sama. Tapi, hari tu adik sorang je apply jadi pengutip barang so dia sendiri kena berkomunikasi dan pergi dari satu kedai ke kedai lain ikut dalam list tu.




Dalam perjalanan tu, sempat lagi dia tanya ibu,"buu.. adik nak cakap ape ni kang?" "Alaahhh...cakap je Kaii, i'm here for collection" .... hehe. Terpinga-pinga anak dara tu nak follow ibu cakap hehehe ...

Last-last dia tunjuk je list tu kat akak tu, pastu suh sign. Mujur akak tu faham hehehe ....



Misi selesai!




Alhamdulillah seronok tengok dua beradik ni bergumbira di KidZania. Kali ni banyak jenis pekerjaan baru yang mereka dapat cuba dan mereka sukakanya! Cuma, hajat nak jadi pilot dan bomba tak kesampaian lagi sebab itu memang lama kena tunggu. Ramai sangat budak-budak nak jadi pilot dan bomba hehe ... beratur pun panjang! 

Zhank you KidZania untuk pengalaman yang menyeronokkan ini! ^^


5 comments:

  1. wah bestnya ! limit smpai umo brpe ek? Lia dh lme nk g sini, tp tk kesampaian. now dh umo 14 nk msuk 15 la plk huuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12 tahun still boleh lagi ... tapi kalau anak-anak sis nak try masuk boleh je :D

      Delete
  2. wow best...
    aida boleh imagine how happy they are :)
    in shaa Allah nanti aida nak kena repeat ke kidzania ni.
    few jobs lom buat lg ari tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.