Breaking

Tuesday, December 29, 2015

Pengalaman Meniaga Carboot Sale!


Assalamualaikum!


Dulu, aku pernah tolong mak jual nasi lemak dan kuih muih semasa kami tinggal di Bandar Tun Razak. Aku juga ada tolong jualkan simpul kasih kepunyaan kak ipar ikut tempahan. Dan, sekarang aku mula berkecimpung pulak dalam dunia carboot sale!

Amende carboot sale ni? Aku nak jelaskan pun tak reti ... tapi rasanya ramai yang tahu dah kan hehe. Semuanya bermula bila Pak Jelan ikut kawan dia meniaga di Kota Damansara ni. Masa tu tolong tolong kawan aje ... lama-lama jadi seronok pulak! Pak Jelan pulak menunjukkan kesungguhan yang tinggi waktu tu untuk berniaga, maka kawan ni pun tolong supply barang/baju dan suruh Pak Jelan buka tapak dan cuba jual sendiri. 



Alhamdulillah, dah hampir sebulan juga kami meniaga carboot sale ni. Sebelum ni, Pak Jelan sorang je pergi meniaga di Kota Damansara tu. Tapi, satu hari si Mira beria nak ikut ayahnya pergi meniaga, dan akhirnya kami sekeluarga di sini! hehe ....




Carboot Sale Kota Damansara ni dibuka setiap hari Ahad seawal jam 7 pagi! Maksudnya, 6.30 pagi kami dah perlu ada di situ untuk set up barang niaga dan susun apa yang perlu. Kalau sampai lebih dari kul 7.30 pagi, alamatnya payah la nak cari tapak parking yang kosong huhu. Sebab tu, kami yang duduk jauh ni kena bangun seawal 4.30 pagi untuk susun barang niaga dalam kereta dan bertolak seawal jam 5.30 pagi dari KL. Solat Subuh kat Subang, kemudian baru ke Kota Damansara ....



Walaupun dah berminggu-minggu kami meniaga di sini, baru kelmarin aku berkesempatan amik beberapa keping gambar hehe. Sebelum ni Pak Jelan meniaga sengsorang, tapi sekarang dah ada 3 orang pembantu yang cantik lagi comel, haruslah kasi snap sana snap sini sikit kannnn hehehe ....

Tapi sebenarnya yang paling seronok ialah kita dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis orang di sini dan melayan macam-macam jenis kerenah  .... yang aku akui, kadang-kadang memang boleh bikin kami laki bini ketawa! hehe ...




Jangan tak percaya, seawal jam 7 pagi memang ada dah yang datang tengok-tengok barang kat sini. Sebab tu kami kena datang lebih awal dari tu untuk susun-susun barang atau pasang rak untuk sangkut baju. 

Pengunjung yang datang pulak adalah dari kalangan orang tempatan dan warga asing yang bekerja atau tinggal berdekatan sini. Yang bawa family pun ada! Memang meriah dari pagi sampai ke tengahari. 




Kami jual ape? Kami jual seluar dan baju ... macam-macam jenis ada ikut stok hehe. Pak Jelan kan suka baju bundle, so dia pun ada stok baju dan seluar jeans bundle untuk dijual. Aku pulak sumbangkan tudung-tudung lama yang masih elok dan baju-baju kurung/jubah. 





Lagipun pak menteri yang cukup 'disukai' ramai kan bagi saranan, bahawa rakyat kena buat #buat2kerja untuk menampung kos sara hidup. Ye la ... biarlah kami rakyat marhaen ni berpanas berhujan demi kelangsungan hidup. Janji GST tetap kena bayar ye dak .... hehehe :p




Mira memang sporting habis! Dia memang tak malu untuk berdepan dengan pelanggan. Selamba je dia duduk atas tikar perhati orang lalu lalang di depan hehe. Kadang-kadang, dialah yang tolong capaikan plastik untuk ayahnya bila ada pelanggan datang membeli. Memang ringan tangan budak kenit ni hehe ...

Dan, sememangnya ada upah untuk kerajinan dia tu hehe ...




Percubaan aku untuk menjual tudung-tudung lama tapi masih elok akhirnya berhasil! Dari tak berpakai, terperuk dalam almari tu, baik lah aku jual buat tambah stok barang hehe.  Alhamdulillah ... walaupun tak boleh nak jual mahal, takpe. Sebab bagi aku, lebih seronok meniaga begini. Biar murah asal barang 'jalan' hehe ....




Dan aku bersyukur sangat punya dua orang anak dara yang sangat rajin membantu kami. Kalau bab-bab buka skru ni bagilah kat diaorang .... diaorang dah terer tau! 




Di samping kita meniaga, kita juga boleh jalan-jalan cuci mata tengok barang yang dijual oleh peniaga lain. Kakak sempat la beli buku komik ni dengan harga RM10 untuk 3 buah buku. 




Terima kasih anak-anak ibu yang sangat rajin dan very supportive berniaga dengan ibu dan ayah. Takda istilah malu-malu sebab cari rezeki halal kan. Yang penting kami suka dan seronok dengan pengalaman baru ni .... 

:)

24 comments:

  1. Best nya! Yt pn teringin nk join aktiviti niaga gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok! panas lit lit pun seronok hehe :D

      Delete
  2. dah start niaga dah kak.
    tahniah.
    mmg best niaga kat carboot sale.
    suasana lain.
    santai jer.
    gud luck kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih shark dan memang betul ... santai dan lebih seronok meniaga macam ni :D

      Delete
  3. kak. macam mana nak join berniaga sini. banyak gak brg kat rumah nak jual2 ni. hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh walk-in je, asalkan meniaga barangan terpakai yang masih elok.

      Delete
  4. kak.. kat sini pun banyak carboot sale. Kajang, putrajaya, bangi pon ada kalau tak salah dkna. try la jual kat sini pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa ye ke, akak tau kat KD ngan Bukit Jalil je hehe :D

      Delete
  5. Memang best Carboot sale nie...
    Sha pun dah lama x joint.. Nak kena aktif kembali nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sis, habis barang lama yang masih elok saya angkut bawa jual hehe. At least, jimat sikit space kat rumah tu :D

      Delete
  6. barangan basah dan makanan tak boleh .... hanya barang 'kering' hehe :D

    ReplyDelete
  7. wahhhhh seronoknyaaaa. tolong jual baju sy kak.haha

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat berniaga macam ni. Teringin juga nak join aktiviti yang bagus macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubala ina, ada juga student yang join carboot ni. Diaorng jual buku-buku lama :D

      Delete
  9. terbaik ni hanim.
    jual and dpt duit ekk.
    drpd tak berpakai semua tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sis, seronok meniaga gini walau harga murah. Yang penting pengalaman dan boleh jimat ruang lagi dalam bilik kat umah tu hehehe :D

      Delete
  10. Perkongsian yang menarik di samping mengajar anak-anak berniaga. Anak-anak tidak malu dan memahami berniaga juga sumber rezeki. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mereka seronok walaupun sedikit penat :)

      Delete
  11. suka tengok orang melayu berniaga

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.