Assalamualaikum!
Ni panas bukan setakat cuaca je yang panas. Tapi, timeline FB aku pun sama bikin 'panas' dengan pelbagai isu semasa yang dibangkitkan sejak kebelakangan ni. Bermula dengan isu ibu buat baby shower hidang makanan dalam pampers dan terkini ibu-ibu muda berselfie sambil menyusukan anak dan gambar dimuat turun dalam media sosial!
Alahaiiii kaum sejenisku .... awatnya hang buat lagu tu??
Penyusuan anak atau breastfeed adalah sangat digalakkan dalam Islam. Hatta kita digalakkan mencari ibu susuan sekiranya ibu kandung tidak mampu menghasilkan susu sendiri untuk anak, seperti yang pernah dilalui oleh Nabi s.a.w.
Pelbagai kempen penyusuan ibu telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu-ibu moden terutama yang bekerja untuk menyusukan anak mereka secara ekslusif kerana manfaatnya pada anak-anak di masa hadapan. Even aku sendiri pernah memberikan komen menyokong penyusuan ibu di dalam satu interbiu untuk wawancara di tv.
Namun, akhir-akhir ini isu penyusuan ibu mendapat kecaman dari sesetengah pihak sehingga fanpage mereka direport kerana tidak berpuas hati! Isunya bukan penyusuan ibu... tapi SELFIE sambil menyusukan anak dan kemudian muat turun di FB! Terus terang ye, aku tengok gambar tu pun aku malu beb .... T_T
Tanpa melengahkan bicara, meh aku kongsikan apa HUKUM Selfie Sambil Menyusukan Anak (kemudian upload di media sosial) dari PU Rahmat. Moga hari ini kita dapat belajar satu lagi ilmu baru dari perkongsian ini.
sumber : FB PU Rahmat
Haa dengar tak tu ibu-ibu muda (termasuk aku hehe) di luar sana? Haram la sayang ..walaupun tak nampak bentuk dan warnanya. Benar, penyusuan anak itu tidak pernah menjadi satu kesalahan dan tiada insan pun yang pernah menidakkan hak seorang ibu terhadap anaknya. Tapi, yang menjadi salahnya .... kenapa mesti upload gambar selfie korang yang sedang menyusukan di FB? Untuk tatapan siapa?
Sebagai kempen menggalakan penyusuan bayi? Ok .. niat tu dah cantik sayang oi, tapi perlukah gambar sebegitu ditayang pada umum? Penat mak-mak dulu pesan masa lepas kahwin, jaga maruah diri, jaga maruah suami, jangan buat tak tentu arah ... tapi yang ni??
Non-muslim juga barangkali tidak semua yang tahu tentang bab aurat-aurat ni, tapi dikalangan rakan-rakan aku di fb baik yang muslim mahupun non-muslim setakat ini tidak pernah lagi memuat turun gambar selfie mereka sambil menyusukan anak di FB masing-masing. Alhamdulillah mereka tahu malu ...
Dan, bila aku ikuti perkembangan isu ni aku dapati ibu-ibu muda yang dikecam hebat ini bertindak 'ganas' memuat turun gambar menyusukan anak mereka sebagai 'serangan balas' terhadap pihak yang mengecam tindakan mereka. Allahurobbi .... adakah kemarahan sudah menutupi batas adab dan ke-malu-an anda?
Adab sayang ... adab. Sedangkan kita dengan perempuan non-muslim pun ada batas aurat yang perlu dijaga, inikan pula dengan ajnabi di media sosial. Walaupun tiada penampakan bentuk fizikal yang jelas namun itu tidak menjadi alasan untuk kita menayangkannya di media sosial. Ramai mata memandang ... ramai pula yang membayangkan .... nauzubillahiminzalik!
Jangan pernah kita mengecam lelaki untuk menundukkan pandangan mereka, sedangkan kita dengan senang hati menayang perlakuan dan memberi peluang untuk mereka memandang kepada kita. Bila terjadinya jenayah ... siapa yang kita nak salahkan??
Bab mengutuk secara lucah, keji dan mengaibkan itu aku pun tak sokong, cuma poin yang mereka bagi memang ada betulnya. Cuma barangkali, bahasa dan penyampaian orang tu berlainan. Kadang-kadang aku terfikir jugak, orang kita ni kalau diberi nasihat cara lembut payah nak 'makan' nasihat. Tapi, kalau dikeji dikutuk dipersenda cepat pulak terbuka 'mata hati' nya! hehe ...
Anyway, moga perkongsian ini menjadikan kita umat Nabi Muhammad s.a.w yang lebih baik dari semalam. Siapa tak buat silap kan ... yang penting jangan buat lagi dah la. Sekali lagi ... hidup bukan saja berkaitan dengan hukum dan peraturan ... tetapi juga adab sesama insan. Lagi satu, ni hukum bukan aku bikin tau, so bukanlah aku nak jadi ustazah 'jadian' bagai cuma nak menyampaikan dalam bahasa yang paling molek dan mudah untuk dihadam oleh kita semua yang bergelar ibu ni. Kalau marah kat manusia sekalipun, jangan kita balas dengan perbuatan yang jelas melanggar hukum Allah.
Wallahualam :)
#sayasokongpenyusuanibu #susuibuterbaik #ibumithali
Perkongsian yang sangat menarik...
ReplyDeleteMakin menjadi-jadi pula diorang nie upload gambar2 tu...
Kita yang nengok pula yang segan... Adoi ai.. pelik..