Assalamualaikum!
Malaysia sememangnya terkenal dengan lokasi pelancongannya yang menarik dan unik. Setiap negeri mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri dalam memperkenalkan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan yang berbilang kaum dan kepercayaan. Dan, tidak dinafikan Terengganu mempunyai kelebihan dari pelbagai aspek yang boleh dijadikan produk pelancongan untuk menarik minat pelancong ke negeri itu.
Pada tahun 2015, negeri Terengganu telah menerima kunjungan hampir 5 juta pelancong dan 16% darinya adalah dari kalangan pelancong asing. Melihat kepada perkembangan itu, kerajaan Terengganu ingin meluaskan lagi skop pelancongannya dengan pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017 dalam satu majlis formal di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bermotifkan tema There is More to Terengganu Than What You Know, Terengganu mempunyai pelan khusus yang akan meningkatkan aktiviti pemasaran dan mencapai matlamat meningkatkan purata perbelanjaan pengunjung dan tempoh menetap di Terengganu.
Dengan nikmat dianugerahi tanah-tanah yang kaya dengan sumber aslinya serta nilai budaya yang tinggi, kerajaan Terengganu yakin sektor pelancongan akan memberi manfaat kepada seluruh warga tempatan amnya dan negeri secara keseluruhannya dan juga mampu mempelbagaikan penjaan pendapatan untuk ekonomi Terengganu.
YAB Menteri Besar Terengganu
Dalam mempromosi produk pelancongannya, Terengganu bakal memukau pengunjung bukan sahaja dengan lokasi pulau-pulau peranginan yang indah di sekitarnya, malah ia turut menampilkan warisan budaya turun-temurun negeri ini iaitu sulaman dan pembuatan songket, seni membuat perahu, lukisan batik tangan serta ukiran kayu tradisional yang telah menjadi identiti sinonim dengan negeri Terengganu itu sendiri.
Malah, acara seperti Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu telah berjaya meletakkan Terengganu dalam peta dunia apabila telah berjaya mengumpulkan lebih 200 orang pengamal media cetak, elektronik dan media sosial terkemuka dari dalam dan luar negara. Selain itu, Perarakan Bot Terbesar Dunia dalam Guinness World Records dan penganjuran PESONA Terengganu di Dataran Merdeka tahun lalu berjaya menarik lebih 100,000 orang pengunjung!
Di majlis itu juga, aku dan rakan media lain diberikan kesempatan untuk merasai sendiri produk makanan yang diberikan nafas baru dalam memajukan industri makanan tradisional tempatan kepada pelancong luar. Korang tentu sudah tahu kan Terengganu memang terkenal dengan makanan seperti Keropok Lekor, Sata Ikan dan Nasi Dagang. Kini, kesemua makanan ini boleh dinikmati dengan begitu mudah kerana ia dihasilkan dalam bentuk frozen food!
3 dalam 1 ...
Keropok Lekor
Sata Ikan
Nasi Dagang
Jujur ye, nasi dagang dia sedap! Begitu juga dengan keropok lekor dan sata ikan :)
Sementara itu, jom ikuti sedutan video tentang keunikan negeri Terengganu yang sempat aku rakamkan di majlis itu tempoh hari ...
Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, negeri Terengganu menyediakan hampir 300 hotel berdaftar dan homestay di seluruh pelusuk negeri bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pelancong. Sekaligus ia menawarkan peluang ekonomi yang baik dan mengalu-alukan kemasukan pelabur yang ingin menyokong industri pelancongan dalam negeri.
Beginilah rupa packaging Nasi Dagang dan Keropok Lekor dalam bentuk frozen food. Hanya tebuk lubang kecil di atasnya dan masukkan ke dalam microwave untuk 1-2 minit dan siap untuk dimakan! Tak memerlukan kuali atau minyak untuk memasaknya. Mudah dibawa dan sangat praktikal untuk mereka yang suka mengembara. Menerokai keindahan negeri Terengganu Darul Iman sambil menikmati nasi dagang dan keropok lekor pasti menambah keseronokan betul dop? hehhee :)
Pada yang bercadang untuk melancong, apa kata kita sokong produk pelancongan tempatan dan melancong ke dalam negeri. Pasti yang lebih menarik dan unik menanti kunjungan kita ke sana dan memberikan seribu satu kenangan manis sepanjang hayat! :)
Last but not least .... tuan blog :D
Nanti nak pergi holiday kat terengganu... Heeee lagipun ramai kawan kat sana...
ReplyDeletelama dah tak pekena satar..dah ada packaging macam ni..best la
ReplyDeleteTerengganu memang seronok nak pergi..macam-macam ada, dah ada highway LPT lagi senang orang luar nak datang
ReplyDeleteAntara yang wajib untuk makan kat Terengganu ialah sata, nasi dagang dan pulut lepa.
Hotel TH kat Seberang Takir pun ok gak..
6 golongan yang perlukan Meal Shakes