Breaking

Tuesday, January 26, 2016

Lepas 12 Jam ....


Assalamualaikum!


Sejak memulakan alam persekolahan awal tahun ini, kehidupan dia berubah tiga ratus enam puluh darjah! Kalau dulu pagi je pergi sekolah, tengahari dah boleh rehat-rehat kat transit ... tapi tahun ini dia perlu berkejaran untuk 2 sesi sekolah!

Seawal 6.30am tayar dah bergolek dari rumah, maksudnya dia dan kakaknya kena bangun seawal jam 5.30am! Kalau bangkit kul 6.00am, jawapannya sila tulis nama dalam buku kedatangan lewat huhu ....


Dan bila petang lepas habis sekolah ....

Tersandar dia di kerusi makan dalam sebuah restoran. Kami bertiga dah lapar kedarah tapi dia relaks je pejam mata sambil menyandar huhu. Suh order makan pun dia geleng kepala, akhirnya tak makan apa hanya pejam mata tunggu sehingga kami habis makan ... hurmm ...

Bila ko travel sejauh 20km setiap hari dari KL ke Selangor, dan sampai rumah pun dah dekat nak Maghrib ... memang ketara rasa penatnya! Dan kebanyakan orang yang travel gi keje jejauh macam kami setiap hari pun akan rasa benda yang sama. Bukan takda sekolah terdekat di kawasan rumah kami tu, tapi sebab diaorang nak 'dekat' dengan aku ... dan aku fikir jugak kalau ada kecemasan dekat sikit aku nak jalan kaki dari opis ke sekolah diaorang. Sebelum ni kan kereta aku buat hal, kereta tersadai ... anak-anak kat nurseri lagi. Mujur dekat, gagah jugak aku berjalan kaki ke nurseri amik diaorang. Kalau diaorang kat KL? Kul 7pm pun belum tentu sampai .... 

Penat ... memang penat. Kesian ... siapa tak sayang anak oiiii! Kalau boleh nak aje aku bina rumah dekat ngan sekolah diaorang, tapi bila tengok harga rumah kat Selangor ni .... aku hanya mampu berhuhu je setakat ni hehehe .... 

Dan walaupun ada masanya dia merengek dek kepenatan di sekolah, dia masih bersemangat nak meneruskan persekolahan untuk hari seterusnya. Subhanallah ... kuatnya semangat anak-anak ibu ni T_T

Moga semangat yang ada ini memberi kekuatan untuk kakak dan adik mengharungi alam persekolahan dengan tenang dan kesabaran .... insyaAllah


2 comments:

  1. cabaran yang perlu ditempuhi dan liku-liku hidup untuk menimba ilmu... he he he...aunty pun dah rasa dulu dah....

    ReplyDelete
  2. Kuat semangat diaorang. Xpe la kak janji dekat. dapat pejam kejap tu pun jadi la ye.. rehat. Sesi sekolah skarang beban kot. Ciannya la

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.