Breaking

Wednesday, January 13, 2016

Si Kecil Pun Mengerti ...


Assalamualaikum!


Satu perkara yang sering buat aku tersentuh hati dengan dua beradik ni ... ialah diaorang pandai ambil hati! Pandai memujuk, pandai berkata-kata manis, pandai ber'drama' air mata ... haha. Aku rasa budak zaman sekarang ni memang macam ni kot pesennya yek. Suka bermain dengan sentimen perasaan terutama yang sensitif macam aku hehe .....

Kaedah memujuknya tu berbagai-bagai pulak! Ada kengkadang tu diaorang bagi nota la, hadiah la, kad ucapan la, lukisan la, kraftangan la, pertunjukan silap mata la. Haaa.... minggu lepas, kakak ada tunjuk satu silap mata kat aku. Guna duit kertas RM1, dia buat trick depan aku haha. Amboiii mana belajar tu, dia cakap dari kawan ... huhu.




So, rupanya dia dua beradik berpakat nak bagi surprise untuk aku dan ayahnya. Sorang bagi kat ibu, sorang bagi kat ayah. Sebab tu la bila aku tanya ada berapa nak simpan dalam tabung hari ni (semalam), diaorang jawab kosong ... hehehe. Rupanya seronok membeli belah di bookshop ye! Baru masuk minggu kedua, bulan pertama ... huhu

Memula kakak tak bagi aku baca isi kandungan kad ucapan tu. Malu gamaknya ... dia pergi masuk dalam bilik, baru aku curi-curi buka dan baca ... hurmmm ...

Isi kandungannya biarlah rahsia ... rahsia antara aku dan anak-anak. Memang meruntun hati .. sedih ... sebak baca ucapan kakak. Maafkan ibu sayang .... T_T

Kakak memang macam ni .. suka buat ibu menangis. Tapi bukan menangis sebab sedih, tapi sebab terharu terhadap perhatian seorang anak terhadap ibu dan ayahnya. Orang tua ... egonya boleh sampai 7 petala langit! Kurang komunikasi ... buat hal sendiri ... tu semua kakak boleh 'hidu' dari jauh. So, mula la dia start mengarang ayat syahdu huhu ...

Aku pulak, lebih suka berdiam diri. Aku tak suka bising-bising, kecuali aku diprovoke! Hurmm ... kengkadang kita ni nampak je macam dah matang, tapi sebenarnya kerana ego kita sanggup berperangai mengalahkan budak-budak! Cakap pung pang pung pang, tapi bila hati 'terusik' .... amarah mula menunjal-nunjal akal dan perasaan.

Muhasabah diri ... ego takkan membawa kita kemana, melainkan ke lembah kehancuran. Wallahualam ....

Oh, terima kasih kakak di atas hadiah pen ni ... :)


Pen merah pen biru
Kakak pujuk I love youuuuuu!

4 comments:

  1. Setuju kak! Tak kira la dgn siapa pun , kita mungkin rasa dah cukup matang tapi adakalanya kita tak sedar masih ada kebudak-budakan dalam diri kita.

    Guna pen tu kt opis tau Mama. Hehehe....

    ReplyDelete
  2. Huhuhu. Seronok je je bila ank2 pandai memujuk ni. Tak sbr tggu ank kita beso heheh

    ReplyDelete
  3. Tersentuh hati tau baca...pandai anak2 hanim ambil hati mama dia...harap satu hari nanti anak2 julia tiru mcm ni...windu nak jumpa kak hanim

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.